Bantuan Kanak-kanak (BKK) – Bantuan kanak-kanak 2024 adalah satu inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberi sokongan kewangan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak. Bantuan ini boleh dimohon secara dalam talian melalui laman web JKM. Setiap keluarga layak menerima sehingga RM1000 sebulan untuk menampung keperluan asas kanak-kanak.
Bantuan Kanak-Kanan (BKK)
BKK 2024 adalah program bantuan yang ditawarkan kepada keluarga dan penjaga yang mempunyai anak-anak di bawah jagaan mereka.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong perkembangan keluarga yang sihat dan harmoni, di mana kanak-kanak dapat menikmati kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dan perhatian serta bantuan kewangan untuk mereka.
Jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Jumlah bantuan adalag seperti berikut:
- Rm200 untuk anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 untuk anak 7 hingga 18 tahun
- Bantuan maksimum RM1000 keluarga sebulan
Baca Juga:
- MyKasih 2024 : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- MySTR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran
- eGUMIS 2024 : Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD)
Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan Kanak-Kanak
- Warganegara Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
Cara Mohon Bantuan Kanan-Kanak (BKK) 2024
- Permohonan Manual
- Permohonan bantuan kewangan perlu diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan.
- Setiap permohonan akan dijalankan siasata dan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
- Perlu sertakan dokumen sokongan ke Pejabata Kebajikan Masyarakt
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Permohonan Online
- Mohon terus ke portal E-Bantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Selapas membuat permohonan online perlu menghadirkan diri untuk ke pejabat kebajikan masyarakat di daerah yang di pohon dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Kegagalan pemohon akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.
Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajin Dibawa:
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2024 JKM sila layari laman web rasmi – Klik di sini