Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 – Mula Disalurkan Januari Ini

Bantuan Awal Persekolahan – Belanjawan 2024 Malaysia MADANI adalah inisiatif Kementerian Kewangan untuk memperkasa rakyat Malaysia dengan pelbagai bantuan dan insentif. Antara bantuan yang disediakan adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan diberikan kepada setiap pelajar di bawah umur 18 tahun sebanyak RM150.

BAP bertujuan untuk membantu ibu bapa menampung kos persekolahan anak-anak mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggesa masyarakat untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAP dan bantuan lain yang ditawarkan oleh kerajaan.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

BAP ialah satu inisiatif kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah di Malaysia. Melalui program ini, kerajaan akan memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah atau keperluan asas pendidikan seperti buku teks, alat tulis, pakaian seragam, dan sebagainya.

Tujuan program ini ialah untuk mengurangkan beban kewangan keluarga yang kurang mampu, dan membolehkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti tanpa mengira keadaan kewangan. Ini adalah satu usaha kerajaan untuk memastikan setiap anak di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan yang baik.

Pengagihan Bantuan

Program BAP dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan menyalurkan peruntukan secara berperingkat kepada sekolah-sekolah melalui Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK. Sekolah-sekolah pula bertanggungjawab untuk memberikan sumbangan tunai ini kepada pelajar-pelajar yang berhak selepas menerima peruntukan tersebut.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM mengenai program BAP:

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

  • Murid yang berwarganegara Malaysia;
  • Murid Tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan Sesi Persekolahan 2023/2024;
  • Murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)

Jumlah Bayaran

Bantuan ini akan diberikan secara one-off  (sekali bayar) kepada 5,254,200 orang murid sebanyak RM150 setiap orang murid.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk – DI SINI.