Bantuan Awal Persekolahan RM150 Setiap Seorang

Bantuan Awal Persekolahan – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeru untuk masyarakat merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Belanjawan 2024 yang diberikan oleh Kementerian Kewangan. Salah satu belanjawan yang diberikan untuk masyarakat adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 setiap seorang.

Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

BAP adalah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah di Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang masih bersekolah untuk membantu mereka membeli peralatan sekolah atau keperluan asas pendidikan bagi anak-anak mereka. Ini termasuklah buku teks, alat tulis, pakaian seragam, dan lain-lain.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan secara kewangan, memastikan anak-anak mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tanpa terhalang oleh faktor kewangan. Ia merupakan satu langkah positif dalam memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang yang saksama untuk mendapat pendidikan yang baik.

Pengagihan Bantuan

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Kemudian pihak sekolah akan dipertaggungjawabkan untuk mengagihkan bantuan tersebut secara tunai kepada murid-murid selepas peruntukan tersebut telah di terima oleh pihak sekolah.

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) :

Bantuan Awal Persekolahan

 

Baca juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

  • Murid yang berwarganegara Malaysia;
  • Murid Tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan Sesi Persekolahan 2023/2024;
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kebangsaan (SK);
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
    • Sekolah Agama Rakyat;
    • Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)

Jumlah Bayaran

Bantuan ini akan diberikan secara one-off  (sekali bayar) kepada 5,254,200 orang murid sebanyak RM150 setiap orang murid.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk – DI SINI.