Bantuan e-Kasih 2024 : Cara Pendaftaran & Semakan Status
Portal e-Kasih adalah inisiatif nasional yang dirancang untuk membantu dalam perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan program pengentasan kemiskinan di negara ini.
Sistem ini memainkan peranan penting dalam menyokong usaha Kementerian dan Agensi terkait untuk membasmi kemiskinan, memastikan bantuan disampaikan secara efisien dan efektif kepada yang memerlukan.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai sistem ini, kami mengajak anda untuk terus mengikuti artikel ini hingga akhir.
eKasih 2024
eKasih adalah sistem pangkalan data bersepadu untuk isi rumah miskin yang dibangunkan di peringkat nasional.
Ia bertujuan untuk membantu dalam perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan program-program kemiskinan.
Selain itu, sistem ini turut digunakan sebagai rujukan oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam usaha pembasmian kemiskinan.
Baca Juga :
- Sumbangan Asas Rahmah : Tarikh & Jadual Bayaran SARA
- Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Julai 2024
Data Dalam Portal e-Kasih 2024
Sistem ini merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan seperti :
- Profil individu
- Bantuan yang di terima
- Agensi pembeli bantuan
- Permohonan bantuan
- Pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima
Berikut merupakan komponen data eKasih yang terdiri daripada maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) :
- Maklumat asas
- Maklumat lokasi
- Maklumat kediaman
- Maklumat pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Maklumat pemilikan harta
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendapatan serta bantuan
Kaedah Pendaftaran
Untuk mendaftar dalam sistem e-Kasih, anda boleh mengunjungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah terdekat :
- Telefon (rujuk gambar di bawah)
- Surat
- e-mel rasmi
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kmapung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Semakan Status Permohonan Bantuan e-Kasih 2024
Bagi pemohon yang telah berdaftar boleh melakukan status permohonan secara online melalui portal rasmi eKasih seperti berikut :
- Layari pertal e-Kasih – DI SINI
- Masukan nombor kad pengenalan
- Tekan “Klik Untuk Pencarian”
Jenis Bantuan Dibawah eKasih 2024
Kerajaan telah mengagihkan beberapa bantuan kepada individu yang layak melalui sistem e-Kasih.
Antara jenis bantuan yang diberikan mengikut data eKasih adalah seperti berikut :
- Sumbangan SARA 2024
- Jika nama anda tersenarai dalam portal ini anda layak mendapat bantuan sara hidup bsh sehingga RM1200 sethaun.
- Bantuan STR
- Jika anda berdaftar denga eKasih 2024 permohonan STR anda akan lebih mudah lulus. Hanya perlu pastikan anda telah berdaftar untuk bantuan STR sahaja.
- Bantuan Persekolahan
- Mejelang persekolahan pelajar ibu bapanya lulus semakan eKasih 2024 akan menerima bantuan tersebut.
- Bantuan iSuri KWSP
- Bagi individu yang berkelayakan di bawah sistem ini akan tersenarai dalam pengkalan data semakan KWSP suri rumah secara automatik akan menerima caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI)
- Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim
- Setiap kali kerajaan membuat pengumuman berkenaan bantuan golongan OKU dan bantuan untuk anak yatim mereka akan merujuk senarai nama dalam pengkalan data eKasih agar memberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan kepala golongan tersebut.
- Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas
- Banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem semakan eKasih.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut mengenai informasi ini boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan Mykasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : info@mykasih.com
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/