Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan e-Wallet RM300 – Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini disalurkan melalui berbagai Kementerian dan Jabatan di peringkat Persekutuan dan Negeri, yang masing-masing mempunyai tanggungjawab dan kumpulan sasar yang berbeza.

Sebagai contoh, bantuan e-Wallet RM300 merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diperkenalkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet RM300, berikut adalah perkongsian yang lebih terperinci.

Bantuan e-Wallet RM300

Pada 26 November 2021, semasa pembentangan Belanjawan, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, atau BINGKAS.

Inisiatif ini diwujudkan untuk sebagai penghargaan kepada ketua keluarga atas usaha gigih mereka dalam menguruskan keperluan keluarga, mendidik, dan membesarkan anak-anak dalam tempoh pasca pandemik.

BINGKAS merupakan pengembangan dan penambahbaikan kepada Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT), dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada seluruh anggota keluarga, bukan hanya ibu.

Program ini menargetkan untuk membantu 30,000 keluarga dengan menyediakan bantuan sebanyak RM 300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan bahawa program BINGKAS akan berterusan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan RM108 juta, yang akan diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak, semasa beliau membentangkan belanjawan Selangor untuk tahun tersebut.

Bantuan e-Wallet

Baca Juga :

Syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar dinegeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

Bantuan e-Wallet

Bantuan e-dompet yang disediakan ini memudahkan pembelian barangan keperluan di pasaraya yang berdaftar melalui transaksi tanpa wang tunai. Setiap bulan, jumlah dalam e-dompet akan secara automatik dikreditkan sehingga RM300, memastikan kemudahan akses kepada keperluan asas tanpa kesulitan.

Bantuan e-Wallet

Cara Permohonan Bantuan e-Wallet RM300

  • Permohonan adalah secara dalam talian atau online di sistem pendaftaran BINGKAS – klik di sini 
  • Dokumen sokongan yang perlu disertakan;
    • Salinan Kad Pengenalan (untuk diri sendiri dan pasangan)
    • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (anak-anak atau tanggungan)
    • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa atau ibu tunggal)
    • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
    • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
    • Bagi tujuan pengesahan pendapatan, anda perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Ketua Komuniti yang berkenaan, seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung. Surat ini adalah untuk mereka yang menjalankan perniagaan sendiri atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai BINGKAS, sila layari portal rasmi kami di https://bingkasselangor.com/