Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan BINGKAS 2024

Bantuan e-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan BINGKAS 2024

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), yang menyediakan bantuan e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan.

Program ini bertujuan untuk membantu 30,000 keluarga yang terjejas pasca-pandemik, dengan memberikan sokongan kewangan untuk keperluan asas dan peralatan pendidikan.

BINGKAS adalah inisiatif yang dirancang untuk meningkatkan kestabilan kewangan di Selangor, dengan mengurangkan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh keluarga.

Program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan keharmonian dalam kalangan keluarga dan meningkatkan kemakmuran bersama.

Inisiatif ini merupakan langkah proaktif untuk membina komuniti yang lebih kuat dan sejahtera di negeri Selangor.

Dalam usaha meningkatkan dayatahan kewangan keluarga di Selangor, e-Wallet BINGKAS berinisiatif untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga.

Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan kestabilan ekonomi keluarga, agar mereka dapat menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Baca Juga :

Manfaat Bantuan e-Wallet BINGKAS Selangor

  • eWallet BINGKAS kini boleh digunakan di kedai-kedai dan pasar raya yang berdaftar. Pengguna boleh menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai dengan mudah dan selamat. Ini memudahkan transaksi harian dan meningkatkan pengalaman beli-belah anda.
  • Nilai eWallet anda akan secara automatik ditambah sebanyak RM300 setiap bulan.
  • Berikut merupakan barangan yang diluluskan untuk pembelian program BINGKAS 2024 :

Syarat Kelayakn Bantuan e-Wallet BINGKAS

Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut :

  • Mestilah Warganegara Malaysia;
  • LAhir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi sepuluh (10) tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

Program BINGKAS dirancang untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya ketua keluarga yang menetap di Negeri Selangor dalam membeli barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan.

Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kemakmuran berterusan.

Seluruh urusniaga pembelian dalam program ini dilaksanakan melalui kaedah tanpa tunai, menggunakan E-Wallet, yang memudahkan dan mempercepat proses transaksi. 

Cara Permohonan Bantuan e-Wallet BINGKAS

Bantuan e-Wallet RM300 :

Semakan Kelulusan

Bantuan e-Wallet RM300 :

Sila layari https://www.bingkasselangor.com untuk log masuk dan membuat semakan status permohonan anda.

Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-Wallet.

Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.

Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.

Bantuan e-Wallet RM300 :

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai BINGKAS, sila layari portal rasmi kami di https://bingkasselangor.com/

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024