Bantuan E-Wallet RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan BINGKAS 2024
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), sebuah program bantuan e-Wallet RM300 bulanan untuk 30,000 keluarga yang terjejas pasca-pandemik.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi keluarga dengan menyokong keperluan asas dan pendidikan.
Selain itu, BINGKAS juga membantu kestabilan kewangan, keharmonian keluarga, dan kemakmuran bersama, sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti di Selangor.
Baca Juga :
- Jadual Penuh Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima
- Rumah PPRT Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Manfaat Bantuan e-Wallet BINGKAS Selangor
- eWallet BINGKAS kini boleh digunakan di kedai-kedai dan pasar raya yang berdaftar. Pengguna boleh menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai dengan mudah dan selamat. Ini memudahkan transaksi harian dan meningkatkan pengalaman beli-belah anda.
- Nilai eWallet anda akan secara automatik ditambah sebanyak RM300 setiap bulan.
- Berikut merupakan barangan yang diluluskan untuk pembelian program BINGKAS 2024 :
Syarat Kelayakn Bantuan e-Wallet BINGKAS
Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut :
- Mestilah Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi sepuluh (10) tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.
Program BINGKAS, yang dirancang khusus untuk ketua keluarga di Negeri Selangor, bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dalam pembelian barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan.
Dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai melalui E-Wallet, program ini memudahkan dan mempercepat urusniaga, sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kemakmuran yang berterusan bagi rakyat.
Cara Permohonan Bantuan e-Wallet BINGKAS
Semakan Kelulusan
Sila layari https://www.bingkasselangor.com untuk log masuk dan membuat semakan status permohonan anda.
Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-Wallet.
Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.
Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.
- Sila rujuk laman web berikut untuk panduan pengaktifan :
- Aplikasi Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms
- Aplikasi Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai BINGKAS, sila layari portal rasmi kami di https://bingkasselangor.com/