BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bagi membantu semua golongan yang berpendapatan rendah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa termasuk isi rumah akan menerima Bantuan Isi Rumah bernilai sehingga RM1,200 sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status bantuan isi rumah rm1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025

Bantuan Isi Rumah yang bernilai RM1,200 adalah merupakan sebuah bantuan kewangan khusus untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang berpendapatan rendah di bawah garis PGK semasa.

Kerajaan menyalurkan Bantuan Isi Rumah yang bernilai RM1,200 secara berperingkat dan berkala bagi sepanjang tahun 2025 bagi memenuhi keperluan asas yang ada atau tiada anak.

Bantuan Isi Rumah

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ISI RUMAH RM1200 2025

Hanya golongan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut sahaja akan menerima bernilai RM1,200 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Isi rumah berpasangan ada atau tiada anak; atau
  • Isi rumah tunggal ada anak;
  • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima miskin dan miskin tegar di bawah e-Kasih.

SEMAKAN STATUS

Semak status kelayakan bantuan ini melalui laman rasmi seperti berikut :

  • Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila klik pada butang [Log Masuk].
  • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  • Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Status Bayaran STR dan SARA akan dipaparkan.
  • Selesai.

JADUAL PENYALURAN

Penyaluran yang bernilai RM1,200 adalah mengikut jadual seperti berikut :

  • Negeri Penerima – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis (Setiap Bulan : Januari hingga Disember 2025)
  • Negeri Penerima – Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan (Dua Kali Setahun : Februari & September 2025)

CARA PENYALURAN

Penyaluran Bantuan ini yang bernilai RM1,200 adalah berbeza bagi setiap negeri penerima seperti berikut :

  • Negeri Penerima – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis (Disalurkan secara ansur RM100 setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas).
  • Negeri Penerima – Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan (Disalurkan secara ansur RM600 dua kali setahun melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.