Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM

Bantuan Kanak-kanak (BKK) – Bantuan kanak-kanak 2024 adalah satu inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberi sokongan kewangan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak. Bantuan ini boleh dimohon secara dalam talian melalui laman web JKM. Setiap keluarga layak menerima sehingga RM1000 sebulan untuk menampung keperluan asas kanak-kanak.

Bantuan Kanak-Kanan (BKK)

BKK 2024 adalah program bantuan yang ditawarkan kepada keluarga dan penjaga yang mempunyai anak-anak di bawah jagaan mereka.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong perkembangan keluarga yang sihat dan harmoni, di mana kanak-kanak dapat menikmati kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dan perhatian serta bantuan kewangan untuk mereka.

Jumlah Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Jumlah bantuan adalag seperti berikut:

  • Rm200 untuk anak berumur 6 tahun & ke bawah
  • RM150 untuk anak 7 hingga 18 tahun
  • Bantuan maksimum RM1000 keluarga sebulan

 

Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Baca Juga:

Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan Kanak-Kanak

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas

Cara Mohon Bantuan Kanan-Kanak (BKK) 2024

  • Permohonan Manual
    • Permohonan bantuan kewangan perlu diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan.
    • Setiap permohonan akan dijalankan siasata dan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
    • Perlu sertakan dokumen sokongan ke Pejabata Kebajikan Masyarakt
      • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
      • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
      • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
      • Salinan penyata gaji (jika ada);
      • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Permohonan Online
    • Mohon terus ke portal E-Bantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
    • Selapas membuat permohonan online perlu menghadirkan diri untuk ke pejabat kebajikan masyarakat di daerah yang di pohon dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
    • Kegagalan pemohon akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajin Dibawa:

Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2024 JKM sila layari laman web rasmi – Klik di sini