Bantuan Kewangan RM400 Untuk Keluarga B40 Mula Dikreditkan

Bantuan Kewangan RM400 – Untuk keluarga kategori B40 yang memerlukan bantuan, kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan kewangan yang berbeza-beza mengikut keperluan. Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah antara RM400 hingga RM1200, bergantung kepada bilangan ahli keluarga dan pendapatan bulanan.

Untuk STR Fasa 4, bantuan ini akan diberikan pada bulan November.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Kerajaan MADANI telah melancarkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 sebagai bantuan kewangan kepada rakyat. Penerima-penerima yang layak boleh mendapat sehingga RM 2,500, tidak termasuk bantuan tambahan yang disediakan mengikut kriteria isi rumah.

Rakyat yang menghadapi kegawatan ekonomi pasti akan mendapat manfaat daripada bantuan ini. Ia bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka.

Bantuan Kewangan RM400

STR FASA 4

Untuk tahun 2023 ini, bayaran terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah dibuat. Ini merupakan fasa keempat dan terakhir untuk STR.

Fasa 1 bermula pada bulan Januari, diikuti oleh Fasa 2 pada bulan April, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Fasa 3 pula dilaksanakan pada bulan Jun yang lalu.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM400

Pembayaran bagi fasa terakhir ini dijangkakan bakal diberikan pada bulan

  • November 2023

Kerajaan belum mengeluarkan tarikh khusus untuk perkara ini. Jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan hanya sebagai panduan sahaja.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Anda telah membaca pendahuluan di atas tentang bayaran maksimum STR Fasa 4 untuk PENERIMA BAHARU iaitu RM 1,200. Jumlah ini berbeza sedikit dengan bayaran untuk PENERIMA LAMA. Sila rujuk kategori anda di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)

  • Tiada anak : RM 400
  • 1-2 anak : RM 600
  • 3-4 anak : RM 900
  • 5 dan ke atas anak : RM 1,200

KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)

  • Tiada anak : RM 150
  • 1-2 anak : RM 200
  • 3-4 anak : RM 400
  • 5 dan ke atas anak : RM 500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Menerima bayaran RM 300

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • RM 200

SEMAKAN STATUS STR

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KEWANGAN RM400

Untuk mengelakkan penyalahgunaan ID MySTR, anda perlu mengingati kata laluan dan menjawab soalan keselamatan dengan betul. Anda hanya diberi tiga peluang untuk mencuba. Jika anda gagal, ID MySTR anda akan disekat selama 24 jam sebelum anda boleh mencuba lagi.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/