Tawaran Bantuan Kompter Riba Kepada Mahasiswa – Majlis Agama Islam (MAIWP) menawarkan Bantuan Komputer Riba 2024 kepada mahasiswa asnaf yang layak.
MAIWP membuka tawaran hanya kepada mahasiswa (dalam kateori asnaf) yang sedang mengikuti atau melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan bidang atau kursus pengajian mesti selaras dengan Hukum Syarak.
Syarat-syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP
- Pemohon hendaklah seorang yang beragama Islam
- Pemohon yang bertaraf warnanegara Malaysia
- Pemohon yang bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun)
- Pemohon yang melanjutkan pengajian sepenuh masa samada di peringkat Diploma atau Ijazah
- Institusi Pengajian Tinggi di Dalam negara atau Luar Negara (Awam atau Swasta)
- Bidang atau kursus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian TAHUN PERTAMA SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan dari pihak universiti.
Tempoh Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP
Tempoh permohonan adalah bermula dari 15 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 15 Januari 2024 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Baca Juga:
- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) 2024 – Cara Daftar dan Kemaskini Sehingga 31 Mac 2024
- Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2024 – Terhad kepada 35,000 Orang Peserta
- Bantuan Awal Persekolahan RM150 Setiap Seorang
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun 2024 – Semakan Status Terkini
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
Cara Permohonan Bantuan Komputer Riba MAIWP
- Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang dimuat turun melalui lam web www.maiwp.gov.my
- Mendapatkan borang permohonan di pejabat yang ber alamat seperti di bawah;
- Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55,
Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur; - Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
- AIWP Cawangan WP Putrajaya;
- MAIWP Cawangan WP Labuan.
- Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55,
- orang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke
kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/
Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat
(PAZA) di Wilayah Persekutuan. - Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat pada hari
bekerja melalui talian: 03-26399000 sambungan 20407/ 20408/ 20413/
20415/ 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih teliti atau sebarang persoalan berkenaan Tawaran Bantuan Komputer Riba MAIWP klik – DI SINI.