Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2024 : Semakan & Permohonan
Mulai 1 Jun 2024, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang memenuhi syarat boleh memulakan permohonan untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024.
Permohonan dan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA atau dengan mengunjungi Pejabat RISDA terdekat.
Penting untuk diperhatikan bahawa mulai tahun 2023, jumlah bantuan BMT telah dinaikkan dari RM600 ke RM800.
Untuk keterangan lanjut dan bantuan, sila rujuk maklumat penting yang disediakan untuk semakan dan permohonan BMT.
Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024
Pekebun kecil untuk pemilik tanah yang memiliki dan mengusahakan lot bertanaman getah
- Mestilah seorang warganegara Malaysia
- Merupakan penoreh yang telah berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 – 4.0 hektar
- Merupakan pemilik tanah yang sah
- Telah menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
- Mestilah mempunyai PAT-G yang masih sah ketikan permohonana di buat (sekiranya ada, wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh untuk mereka yang menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah
- Mestilah seorang Warganegara Malaysia
- Merupakan penoreh yang telah berdaftar dengan RISDA
- Telah menoreh di kawasan lot berkeluasan 0.1 – 4.0 hektar
- Telah mendapat penegsahan pemilik tanah atau wakil yang sah
- Mestilah mempunyai PAT-G yang masih sah ketikan permohonana di buat (WAJIB untuk penoreh)
Baca Juga:
- STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)
- Elaun SSPA 2024 : Prinsip, Jenis & Syarat Kelayakan
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024
Permohonan dan pengemaskinian untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 boleh dilakukan mulai 1 Jun hingga 30 September 2024.
Pekebun Kecil berpeluang untuk membuat permohonan di Pejabat RISDA yang berdekatan atau melalui platform dalam talian melalui pautan ini https://pekebunkecil.risda.gov.my/
Bagi Penoreh, permohonan mestilah dibuat secara langsung di Pejabat RISDA tempat kebun getah berada.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Pekebun Kecil RISDA & Individu
- MyKad pemohon dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan
- Penoreh Bukan Pemilik
- MyKad pemhonon dan salinan
- Salinan MyKad pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer)
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan di buat (WJIB bagi penoreh)
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil sah
- Pekebun Kecil di bawah Agensi
- MyKad pemohon dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan (sekiranya memiliki tanah bergeran / mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
- Salinan buku akaun yang masih aktif
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kas PAT-G yang masih sah ketika permohonan di buat (WAJIB bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA)
Tarikh Bayarat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024
Untuk tahun 2024 dan 2025, sumbangan BMT kepada pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat selama empat bulan.
Pembayaran ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan yang berterusan kepada pekebun kecil dalam mengembangkan usaha mereka.
- November / Disember – RM400
- Januari – RM200
- Februari – RM200
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Hubungi talian khas : +60 3-425 64022
- Laman Web Rasmi : https://www.suararisda.my/bantuan/bantuan-musim-tengkujuh