Bantuan Pelajar IPT 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Pelajar IPT 2024 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Pelajar yang mendapat tawaran untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2024 berpeluang menerima bantuan khas mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan syarat-syarat kelayakan, pelajar boleh merujuk kepada panduan yang disediakan oleh IPT tersebut.

Panduan ini biasanya mengandungi langkah-langkah permohonan, kriteria kelayakan, serta jenis bantuan yang ditawarkan.

Pelajar digalakkan untuk membaca dengan teliti dan mengikuti arahan yang diberikan agar proses permohonan dapat dilakukan dengan lancar dan berjaya.

Pengenalan Bantuan Pelajar IPT 2024

Koperasi Tentera mengumumkan program bantuan baru yang ditujukan untuk anak-anak anggota yang menerima tawaran ke IPTA/IPTS.

Program ini dirancang sebagai inisiatif untuk mengurangkan beban ibu bapa dan memastikan pelajar yang layak menerima bantuan yang sesuai.

Maklumat lanjut mengenai program ini akan dikongsi untuk membantu pelajar dalam persiapan ke universiti.

Bantuan Pelajar IPT 2024

Baca Juga:

Sumbangan Bantuan Pelajar IPT (SPBT)

Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) merupakan inisiatif yang ditujukan bagi anak-anak anggota yang ingin melanjutkan pendidikan ke peringkat asasi,

matrikulasi, diploma, atau ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

Tujuan utama SBPT adalah untuk mengurangkan beban kewangan semasa proses pendaftaran di universiti, serta memberikan dorongan dan motivasi untuk pelajar melanjutkan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

Program ini hanya terbuka untuk kursus yang diakui oleh Malaysian Qualification Agency (MQA), dan senarai kursus yang diiktiraf boleh diperiksa melalui laman web MQA.

Adalah penting untuk diingat bahawa maklumat ini boleh berubah, dan selalu disarankan untuk merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat terkini.

Syarat Kelayakan Bantuan Pelajar IPT 2024

  • Bantuan ini adalah untuk Anggota Koperasi Tentera (KT)
  • Telah berkhidmat dalam anggota KT selama 4 tahun ke atas
  • Masih berstatus aktif dalam keanggotaan KT
  • Hanya satu (1) permohonan sahaja di terima untuk permohonan suami dan isteri anggota KT
  • Kepujian dalam 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu (syarat minimum)
  • Anak anggota yang menduduki SPM dan yang setaraf dengannya (sijil vokasional) pada tahun 2022 & 2023 (sekiranya belum membuat sebarang permohonan SPBT)
  • Kelayakan hanya sekali sahaja untuk permohonan SPBT ke Institut Pengajian Awam atau Swasta (IPTA @ IPTS)

Bantuan Pelajar IPT 2024

JOIN CHANNEL ISU SEMASA & BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Cara Permohonan Bantuan Pelajar IPT 2024

  • Permohonan adalah melalui kaunter Ibu Pejabat atau cawangan Koperasi Tentera yang berdekatan kawasan anda.
  • Dapatkan borang permohonan dan sertakan bersama dokumen sokongan.
  • Pautan untuk memuat turun borang permohonan melalui laman web KT – https://www.katmb.com.my

Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Pelajar IPT

  1. Anggota Koperasi Tentera sebagai pemohon (pastikan semua dokumen telah disahkan)
    • Salinan Mytentera untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    • Salinan Kad Pengenalan diri untuk orang awam atau pesara
  2. Pelajar Sekolah Menengah (Anak anggota KT) (pastikan semua dokumen telah disahkan)
    • Salinan kad pengenalan pelajar
    • Salinan keputusan SPM / SVM 2022 @ 2023
    • Tawaran kemasukan ke IPTA @ IPTS
    • Resit pembayaran yuran daftaran
    • Salinan penyata akaun bank atau surat pengesahan akaun bank
    • Dokumen tambahan lain seperti PERBAH II /status anak angkat atau tiri

Hantar Dokumen

  • Permohonan yang lengkap boleh di hantar ke Cawangan KT yang berhampiran atau ke ibu pejabat KT di :
    • Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No.1,
      Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
      53000 Kuala Lumpur
      (Untuk Perhatian / Attn to : Seksyen Kebajikan)

Tarikh Permohonan

Permohonan bermula 13 Ogos 2024 hingga 17 September 2024

Peringatan Penting

  1. Memastikan pengisian borang yang terkini iaitu SPBT 2024
  2. Kelulusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat atau pesanan ringkat (SMS)
  3. Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan mengikut polisi KT dari masa ke semasa”.
  4. Borang yang di fotostat/emal boleh di terima

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila kunjungi cawangan Koperasi Tentera yang berdekatan atau hubungi +6 03 – 2303 0000.