Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan Perumahan PPR 2024 : Syarat Kelayakan

Bantuan Perumahan PPR 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Bantuan Perumahan PPR 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan tempat kediaman yang berpatutan bagi golongan berpendapatan rendah.

Dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, program ini menawarkan dua jenis penempatan: PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Projek-projek PPR yang dilaksanakan di seluruh negara ini mengikuti Standard Perumahan Kebangsaan untuk Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2),

yang menetapkan spesifikasi perancangan dan rekabentuk yang perlu dipatuhi dalam pembinaan rumah-rumah tersebut.

Bantuan Perumahan PPR 2024 (Dimiliki)

Kerajaan telah memperkenalkan program PPR Dimiliki dengan tujuan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Di Semenanjung Malaysia, rumah-rumah dalam program ini ditawarkan pada harga RM35,000 seunit, manakala di Sabah dan Sarawak, harganya adalah RM42,000 seunit.

Inisiatif ini merupakan langkah positif kerajaan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mampu memiliki tempat tinggal yang selesa dan mampu milik.

Bantuan Perumahan PPR 2024 (Disewa)

Program ini menawarkan kediaman dengan sewa bulanan yang berpatutan, serendah RM124, tidak termasuk kos penyelenggaraan.

Inisiatif ini membantu memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dapat memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat, selaras dengan kemampuan kewangan mereka.

PPR 2024 adalah langkah progresif kerajaan dalam memperkukuhkan aspek kebajikan sosial dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Rumah PPR 2024

Ciri-ciri Program Rumah PPR 2024

  • Bagi kawasan bandar-bandar besar, jenis rumah bertingkat adalah antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Bagi kawasan pinggi pandar, jenis rumah adalah rumah teres.
  • Untuk keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Contoh binaan rumah adalah 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.

Kemudahan Asas Program Rumah PPR 2024

  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Surat atau Ruang Solat
  • Dewan Komuniti
  • Taman Permainan
  • Rumah Sampah
  • Gerai makan atau Ruang niaga

Kumpulan Sasar Bantuan Perumahan PPR 2024

Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa berkuat kuasa

Berikut merupakan kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak :

  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Syarat Permohonan

  • Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas adalah layak memohon
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon adalah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan (keluarga) yang belum memiliki rumah

Baca Juga :

Cara Memohon

  1. Permohonan Secara Manual
    • Hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri.
  2. Permohonan Secara Atas Talian / Online
    • Layari laman web rasmi TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
    • Sila daftar akaun SPRN (sekiranya belum mempunyai akaun SPRN)
    • Klik Log Masuk untuk meneruskan permohonan

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Program Rumah PPR 2024, sila hubungi pihak berkaitan.

Bahagian Perancangan Perumahan
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)