BANTUAN RAYA RM300 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Satu inisiatif bantuan kewangan khas secara one-off disediakan kepada golongan yang memerlukan bantuan (B40) bagi membantu mereka untuk membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak penerima bantuan raya 2025? Ikuti Info lanjut disini.
PENGENALAN
Kerajaan Negeri Terengganu memperkenalkan inisiatif bantuan kewangan sekali bayar (one-off) kepada golongan yang memerlukan bantuan (B40) yang layak bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi serta membantu mereka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa Pos Malaysia Berhad Ambilan Tahun 2025
- Jadual Bayaran Gaji & Bonus Penjawat Awam 2025
- Tarikh Bayaran Terkini STR Fasa 2 2025 : Cek Status Layak Atau Tidak
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAYA RM300 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Raya mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Negeri Terengganu;
- Menetap dan Beralamat di Negeri Terengganu;
- Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
- Pengundi berdaftar di Terengganu; dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) – Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500, termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap.
SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK UNTUK MOHON BANTUAN
Bagi memastikan Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon.
Peniaga Berlesen:
- Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Penjawat Awam:
- Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
Pemohon Tanpa Slip Gaji:
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
JUMLAH BANTUAN RAYA RM300 2025
Kadar Bantuan Raya yang diberikan adalah mengikut kategori penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima Isi rumah B40 : RM 300
- Kategori Penerima Isi rumah M40 rendah : RM 300
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN RAYA RM300 2025
Maklumat yang disediakan ini adalah berdasarkan bantuan tahun sebelumnya. Sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun ini, pembaca boleh rujuk maklumat dan panduan yang diberikan, termasuk cara permohonan dan syarat kelayakan, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.
CARA MOHON BANTUAN HARI RAYA 2025
Permohonan Bantuan Raya adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu: https://ibantuan.terengganu.gov.my/
- Kemudian, klik pada pilihan ‘Daftar’ untuk pendaftaran baharu dan masukkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan kata laluan pilihan.
- Log Masuk Sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Seterusnya, lengkapkan maklumat profil seperti maklumat peribadi, tanggungan, dan pendapatan dengan tepat.
- Muat Naik Dokumen Sokongan Permohonan seperti salinan kad pengenalan dan slip gaji atau Surat Akuan Pendapatan.
- Semak dan Hantar.
- Cetak Salinan dan Simpan salinan permohonan untuk rujukan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN RAYA ONE-OFF 2025
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan Bantuan Raya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Bukti pendapatan (slip gaji atau Surat Akuan Pendapatan).
- Dokumen tambahan bagi peniaga kecil tanpa slip gaji yang disahkan oleh JPKK.

NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may re
PANDUAN SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RAYA ONE-OFF 2025
Status Permohonan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ Bantuan Raya boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu: https://ibantuan.terengganu.gov.my/
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status] dan [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Raya 2025, anda boleh rujuk Laman Rasmi berikut.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ibantuan.terengganu.gov.my/