Bantuan RM100 Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah – Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa program iSejahtera, yang memberikan bantuan kewangan tunai one-off sebanyak RM100 kepada golongan suri rumah dan ibu tunggal, akan diteruskan pada tahun ini.
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2010 sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menggunakan akaun bank suami untuk mendapatkan bantuan ini, yang telah mula dibayar pada 15 Januari 2024.
Tarikh Bayaran Bantuan RM100 One-Off
Pada 9 Februari 2024, kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mula mengkreditkan bantuan sebanyak RM100 kepada 10,476 Ibu tunggal dan 43,916 Suri Rumah. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka.
Penerima bantuan boleh menyemak status pembayaran mereka mulai 15 Februari 2024. Pembayaran akan dibuat melalui Electronic Transfer Funds(ETF).
Baca Juga:
- MyKasih 2024 : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
- eGUMIS 2024 : Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD)
Syarat Permohonan Untuk Suri Rumah
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk semakan daftar pemilih
- Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap
- Wanita masih berumahtangga
- Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami
- Salinan Sijil Perkahwinan
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbank atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Klik di sini untuk cetakan dokumen SPR
Syarat Permohonan Untuk Ibu Tunggal
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. Klik di sini untuk semakan daftar pemilih
- Bercerai atau kematian suami
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
- Tidak berkahwin semula
- Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak
- Sijil Kelahiran salah seorang anak
- Salinan Kad Pengenalan waris/Penerima khairat
- Salinan Sijil Kematian suami/dokumen penceraian/dokumen yang berkaitan
- Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbank atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Klik di sini untuk cetakan dokumen SPR
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci, sila layari portal rasmi di https://isejahtera.penang.gov.my/index.php