Bantuan RM1,200 Dikreditkan Dalam MyKad Rakyat Malaysia

Bantuan RM1200 – Berdasarkan kumpulan sasar dan bidang kuasa masing-masing, pelbagai bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang berbeza.

Dalam ucapan belanjawan 2023 yang disampaikan di Parlimen pada 24 Februari 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelbagai langkah dan strategi yang sejajar dengan aspirasi beliau untuk membawa kemajuan kepada negara.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bantuan RM1,200

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa program ini akan disambung di bawah Belanjawatan 2023. Selain itu, penerima STR yang layak juga akan diberi SARA, iaitu elaun tunai tambahan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Tahun depan, SARA akan meningkat dua kali ganda daripada RM600 kepada RM1,200.

SARA adalah program bantuan tanpa tunai yang memberi RM100 sebulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini akan diberi secara automatik selama 12 bulan melalui MyKad setiap penerima.

Bantuan RM1200

Baca Juga:

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan RM1200

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran Bantuan RM1200

Bagi mereka yang layak dan permohonan STR mereka telah diluluskan, bantuan ini akan diberikan bermula Januari 2024.

Untuk membeli keperluan runcit asas, penerima yang layak akan diberitahu tentang kedai runcit terdekat. Penerangan akan diberikan kepada mereka.

Kami mempunyai lebih 600 rakan runcit di seluruh Malaysia, antaranya ialah Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), dan juga pasar raya serta pasar mini bebas yang lain.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.