Bantuan RM350 Golongan Bujang Bagi Tahun 2024 Diumumkan
Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dibawah program ‘Payung Rahmah’. Kadar bayaran adalah sebanyak RM350 bagi seorang penerima.
Kaedah bayaran adalah secara tunai ke akaun bank penerima yang layak. Fasa bayaran terbahagi kepada empat fasa iaitu fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4.
Berikut dikongsikan maklumat penuh pengenalan, syarat kelayakan dan cara permohonan.
Bantuan RM350 Golongan Bujang
Bantuan tunai ini merupakan sebahagian dari kategori penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang meliputi isi rumah, warga emas dan bujang.
Khusus bagi bujang, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai sebanyak RM350 seorang yang akan dibayar sepanjang tahun 2024.
Peruntukan melibatkan nilai RM10 bilion itu bakal memanfaatkan kira-kira 8 juta penerima termasuk dari kalangan golongan bujang di Malaysia.
Baca Juga:
- Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Buka Pengambilan Terkini
- Bantuan Perumahan PPR 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran adalah sebanyak RM350 meliputi empat (4) fasa bayaran seperti berikut:
- Fasa 1 : RM100
- Fasa 2 : RM100
- Fasa 3 : RM50
- Fasa 4 : RM100
Tarikh Bayaran Bantuan
Untuk makluman, tarikh bayaran adalah terbahagi kepada empat (4) fasa bayaran seperti berikut:
- Fasa 1 : Januari 2024
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Tarikh bayaran STR Bujang bagi fasa 3 adalah pada 29 Ogos 2024. Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan melalui siaran media 8 perenggan baru-baru ini.
Berikut dikongsikan Jadual Bayaran STR Mengikut Bank 29 Ogos 2024.
Permohonan Baru Bantuan RM350 Golongan Bujang
Bagi tahun 2024, kerajaan membuka permohonan baru bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara permohonan:
- Layari laman web permohonan bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang berwarna kuning ‘Permohonan Baru STR 2024’
- Isi maklumat pemohon dengan lengkap
- Sahkan verifikas ‘captcha’
- Hantar permohonan