Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024

Bantuan Roadtax Percuma merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Malaysia sejak dari tahun 2022 sehingga kini (2024). Inisiatif ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun 2022.

Ini adalah sebagai usaha dari kerajaan Malaysia kepada rakyat untuk menunjukan perhatian dan prihatin terhadap rakyat dengan memberikan bantuan yang sesuai kepada golongan yang layak.

Melalui Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Kementerian Pengangkutan telah melancarkan pelan insentif baru. Pelan ini diharap dapat menambah baik kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dan mendorong penggunaan kenderaan yang mesra alam.

Baca Juga:

Syarat-Syarat Mendapat Bantuan Roadtax Percuma

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
  • Pemohon mempunyai lesen memandu yang sah
  • Pemohon ialah individu OKU yang berdaftar dengan JKM, atau ibu bapa/penjaga atau pasangan yang berdaftar sebagai wakilnya.
  • Kenderaan tersebut diubahsuai mengikut keperluan individu OKU
  • Kenderaan pemasangan tempatan (CKD) atau kereta buatan tempatan yang boleh digunakan dan belum diubahsuai
  • Pemohon hanya boleh mendapatkan bantuan untuk satu kereta dan satu motor sahaja.

Tarikh Permohonan Bantuan Roadtax Percuma

Permohonan pengecualian cukai jalan OKU boleh dibuat oleh pemohon yang layak bermula 15 Mac 2022 sehingga hari ini.

Cara Memohon Bantuan Roadtax Percuma

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan cukai jalan bagi individu OKU yang pertama kali mendaftar di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pemohon perlu mengisi borang permohonan cukai jalan yang boleh didapati DI SINI

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumenĀ  yang berkaitan dengan permohonan seperti;

  • Salinan asal kad OKU dan salinan (cop pengesahan JPN)
  • Kad Pengenalan dan salinan (cop pengesahan JPN)
  • Salinan lesen memandu
  • Surat wakit dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yan hadir ke kaunter pengurusan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terdekat anda atau Ibu Pejabat JPJ seperti di bawah:

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya