Bantuan STR Fasa 3 : Semakan Status & Tarikh Bayaran

Bantuan STR Fasa 3 : Semakan Status & Tarikh Bayaran

Penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini boleh membuat semakan status pembayaran mereka yang dijadualkan pada bulan Ogos melalui portal MySTR.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelbagai bantuan kewangan yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024, yang bertujuan untuk menyokong golongan yang memerlukan.

Bantuan STR Fasa 3

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, telah melancarkan skim bantuan seperti BSH, BKM, BPN, dan BPR untuk membantu rakyat.

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penggabungan skim-skim ini ke dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR bertujuan untuk menyediakan bantuan tunai maksimum RM3,100 kepada keluarga B40.

Dengan pelancaran STR Fasa 2, kerajaan berharap dapat mengurangkan beban kewangan 8.7 juta penerima, dengan anggaran peruntukan RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Bantuan STR Fasa 3

Kerajaan telah mengumumkan pembaharuan dalam Belanjawan 2024 untuk fasa seterusnya, termasuk pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar.

Sebagai tambahan, kerajaan akan menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar yang boleh digunakan membeli barangan makanan asas, dalam usaha meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Tarikh Bayaran & Semakan Status

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Bantuan STR Fasa 3 : Semakan Status & Tarikh Bayaran

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Bantuan STR Fasa 3

Maklumat Lanjut Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status bayaran

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :