Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
Pada bulan Ogos ini, rakyat boleh melakukan semakan untuk STR Isi Rumah Fasa 3 melalui Portal MySTR.
Portal dalam MySTR telah dicipta dengan tujuan untuk memudahkan proses semakan dan memastikan bahawa setiap rakyat yang layak dapat melakukan semakan dengan lebih cepat dan efisien.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Pada 16 Januari 2023, kerajaan telah mengganti nama skim bantuan untuk rakyat daripada Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Skim ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM3100 bagi setiap keluarga yang layak, dengan tujuan utama membantu golongan B40.
Kehadiran bantuan ini telah berjaya meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat, dengan 8.7 juta penerima layak menerima sumbangan yang keseluruhannya hampir mencecah RM8 billion.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Isi Rumah Fasa 3
Tarikh sebenar untuk bayaran STR Fasa Tiga dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2024. Maklumat lanjut mengenai tarikh spesifik akan disediakan setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Baca Juga :
- Bantuan RM1000 Untuk Kanak-Kanak : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- KWSP Akaun 3 : Info Penting Yang Wajib Anda Tahu
Dalam Belanjawan 2024, pihak kerajaan telah mengumumkan langkah baru untuk membantu golongan Miskin Tegar. Sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya, mereka akan menerima bayaran tambahan yang akan disalurkan melalui sumbangan bakul makanan dan baucer.
Bantuan ini diharapkan akan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan yang benar-benar memerlukan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
STR Isi Rumah Fasa 3 : Jumlah Bayaran
Untuk tahun 2024, kadar bayaran bagi STR telah ditetapkan dan akan diikuti sebagaimana yang telah disusun:
- Isi Rumah
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Anak lebih dari 5 orang : RM2500
- Anak 3-4 orang : RM2000
- Anak 1-2 orang : RM1500
- Tiada Anak : RM1000
- Pendapatan RM2501 – RM5000
- Anak lebih dari 5 orang : RM1250
- Anak 3-4 orang : RM1000
- Anak 1-2 orang : RM750
- Tiada Anak : RM500
- Pendapatan kurang dari RM2500
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
- Bujang
- Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350
Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Cara Semakan
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut STR Isi Rumah Fasa 3
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/