Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 – Mulai tahun 2024, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), berbeza dengan tahun sebelumnya yang hanya terhad kepada kategori miskin tegar.

Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 700,000 penerima STR sedia ada dengan sumbangan maksimum sebanyak RM1200 untuk tempoh setahun.

Penerima SARA akan mendapat manfaat melalui wang tunai yang disalurkan menggunakan kad pengenalan (IC) mereka.

Bantuan Tambahan MySTR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Pada tahun 2024, Kerajaan akan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan memperkenalkan peningkatan kadar bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penerima STR yang memenuhi syarat akan mendapat manfaat daripada peningkatan ini dengan kadar bantuan yang dinaikkan dari RM600 kepada RM1200.

Selain itu, penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan selama 12 bulan, yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad mereka.

Bantuan Tambahan MySTR Fasa

Baca Juga :

Syarat Kelayakan

  • Penerima mestilah seorang yang berwarganegara Malaysia
  • Termasuk dalam senarai isi rumah miskin dan miskin tergar dalam data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Rakyat
  • Penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 sebagai isi rumah, bujang atau warga emas tiada pasangan.

Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan Tambahan MySTR

Mulai 22 Januari 2024, bantuan akan diberikan kepada mereka yang permohonan STR mereka diluluskan dan memenuhi syarat kelayakan SARA.

Penerima yang layak akan diberi penerangan tentang kedai runcit terdekat yang boleh mereka kunjungi untuk membeli keperluan asas.

Masa kini, terdapat lebih dari 600 rakan runcit di seluruh negara, termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), dan juga pasar raya serta pasar mini bebas.

Bantuan Tambahan MySTR Fasa

Semakan Status Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747.