Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Bantuan Tambahan RM100 Kepada Penerima STR Fasa 2 - AdaKerjaya - Bantuan Kerajaan, Kerjaya & Semakan Permohonan

Bantuan Tambahan RM100 Kepada Penerima STR Fasa 2

Bantuan Tambahan RM100 – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) akan bermula pada 3 April 2024.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 700,000 penerima sedia ada dengan sumbangan sebanyak RM1,200 maksimum untuk tempoh setahun.

Bantuan Tambahan STR RM100 ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyokong rakyat Malaysia melalui bantuan kewangan yang bertambah.

Untuk makluman semua, setakat tahun ini, sebanyak 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.

Angka pendaftaran dijangka akan meningkat dan mungkin mencapai 9 juta menjelang akhir tahun kerana permohonan baharu dan proses kemas kini yang dibuka sepanjang tahun, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Berikut juga dikongsikan maklumat mengenai bayaran tambahan untuk STR Fasa 2 yang akan diberikan kepada penerima yang layak.

Bantuan Tambahan RM100

Baca Juga :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini, telah memperkenalkan beberapa skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan tujuan utama untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Pada 16 Januari 2023, satu pengumuman penting telah dibuat mengenai perubahan nama skim-skim bantuan tersebut ke Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Inisiatif STR ini dirancang untuk memberikan manfaat kepada golongan B40 dengan sumbangan tunai sehingga RM3,100.

Selain itu, Fasa 2 dari STR dijadualkan untuk memberi bantuan kepada sekitar 8.7 juta penerima, dengan anggaran peruntukan sebanyak RM8 bilion, sebagai usaha untuk meringankan lagi kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

Tarikh Bayaran

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan agar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 disalurkan sebelum perayaan Aidilfitri.

Pembayaran ini, yang dijadualkan bermula pada April 2024, akan membantu golongan Miskin Tegar, dengan tambahan bakul makanan dan baucar.

Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mengemaskini penerima yang layak berdasarkan data terkini, dan mereka yang tidak menerima Fasa 1 dan 2 akan mendapat bayaran pada Fasa 3.

Kaedah Bayaran Bantuan Tambahan RM100

  • Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  • Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  • Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
    • Pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April 2024
    • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat
    • Bayaran secara tunai akan dilakukan bermula 3 April 2024 (Rabu) di seluruh cawangan BSN dan penerima dikehendaki membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
    • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Jumlah Bayaran Bantuan Tambahan RM100

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

STR Fasa 2

Cara Semakan

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/