Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Tahukah anda bahawa penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berhak menuntut bantuan tambahan sebanyak RM1000? Skim Khairat Kematian (SKK), yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN), menyediakan bantuan ini.
Bantuan tambahan ini boleh dituntut oleh penerima STR atau pasangan mereka yang telah meninggal dunia. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan sokongan kewangan kepada keluarga dalam masa yang sukar.
Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah
Kerajaan telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian, yang merupakan program bantuan tambahan sebanyak RM1000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Skim ini adalah untuk memberikan sokongan kewangan kepada rakyat yang menghadapi kehilangan ahli keluarga, dengan menyediakan bantuan untuk kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.
Melalui skim ini, penerima STR boleh memohon bantuan pengurusan kematian, yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang sering kali terjadi ketika berhadapan dengan situasi sedih seperti kematian dalam keluarga.
Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Tambahan Ini?
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan bahawa waris penerima Skim Tunai Rakyat (STR) yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2024 adalah layak untuk menuntut tambahan RM1000.
Syarat kelayakan ini diberikan sebagai sebahagian daripada manfaat STR, dengan tujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Baca Juga :
- Tarikh Bayaran & Semakan Status Penerima STR Fasa 3
- SARA 2024 : Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
Kategori Yang Layak Menuntut RM1000 Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Penting
Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.
Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut :
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat
- Adik-beradik
- Cucu
Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Cara Memohon Bantuan Tambahan SKK
- Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
- Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Bantuan Tambahan SKK, sila layari laman web rasmi – Klik di sini