Bantuan Tambahan STR 2024 – Kementerian Kewangan akan melaksanakan Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 2024, di mana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik akan layak untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Ini merupakan perluasan dari kebijakan sebelumnya yang terbatas hanya untuk kategori miskin tegar.
Dengan adanya Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2, diharapkan lebih dari 700,000 penerima STR yang ada saat ini akan mendapat manfaat, dengan sumbangan maksimum RM1200 setiap tahun.
Selain itu, penerima SARA akan menerima manfaat ini melalui wang tunai yang akan disalurkan langsung ke kad pengenalan (IC) mereka, memudahkan proses penerimaan dan memastikan bantuan sampai kepada yang berhak.
Bantuan Tambahan STR 2024 – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Pada tahun 2024, Kerajaan berhasrat untuk meneruskan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan memperkenalkan peningkatan kadar bantuan melalui inisiatif baru yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Penerima STR yang layak akan menikmati manfaat dari peningkatan ini, dengan jumlah bantuan yang ditingkatkan daripada RM600 ke RM1200.
Tambahan pula, mereka yang memenuhi syarat akan menerima RM100 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan, jumlah ini akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun kad pengenalan masing-masing.
Baca Juga :
Syarat Kelayakan
- Penerima mestilah warganegara Malaysia
- Termasuk dalam senarai isi rumah miskin dan miskin tergar dalam data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Rakyat
- Penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 sebagai isi rumah, bujang atau warga emas tiada pasangan.
Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan Tambahan STR 2024
Pada 22 Januari 2024, permohonan individu yang telah diluluskan dan memenuhi syarat kelayakan SARA akan menerima bantuan.
Mereka yang layak akan diterangkan mengenai kedai runcit yang boleh dikunjungi untuk pembelian barangan untuk keperluan asas.
Terdapat lebih dari 600 kedai runcit telah berkolabosari di seluruh negara termasuk jenama terkenal seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pelbagai pasar mini bebas.
emakan Status Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2
- Semakan status boleh di buat melalui Portal Rasmi STR atau boleh rujuk portal rasmi mykasih (bagi penduduk semenanjung Malaysia sahaja) :
- Portal Rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Portam Rasmi mykasih – https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
atau hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747.