Bantuan Tambahan STR Untuk Golongan B40 – Penerima STR 2024 akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM1200 secara automatik tanpa perlu memohon.
Ini adalah salah satu daripada inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam belanjawan 2023 yang dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari 2023.
Belanjawan ini mengandungi pelbagai program dan bantuan yang ditujukan kepada kumpulan sasar yang berbeza, bergantung kepada tanggungjawab dan bidang kuasa Kementerian atau Jabatan yang terlibat.
Salah satu bantuan tersebut adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bantuan Tambahan STR
Program STR adalah usaha kerajaan untuk menyokong golongan memerlukan dengan bantuan kewangan. Program ini akan diteruskan dalam Belanjawaan 2023.
Kerajaan akan menaikkan jumlah SARA kepada RM1,200 pada tahun ini. Langkah ini bertujuan untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi.
SARA adalah program bantuan tanpa tunai yang memberikan RM100 sebulan kepada penerima yang berhak. Penerima tidak perlu memohon untuk mendapat bantuan ini kerana ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad mereka selama 12 bulan.
Baca Juga:
- Cara Permohonan Rayuan STR 2024 Yang Berstatus Tidak Lulus
- Rumah Mesra Rakyat 2.0 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
- MyJPJ 2024 : Cara Renew Lesen Memandu & Roadtax Digital
- Cara Semak Status SARA 2024 – Semak Sekarang
- Jadual Bayaran STR 2024 Fasa 1 Mengikut Bank Penerima
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Tambahan Rm1200 Secara Automatik
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah dan miskin tegar di bawah date e-kasih dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
- Lulus STR 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Tarikh Pembayaran Bantuan Tambahan RM1200 Secara Automatik
Penerima STR adalah mereka yang telah mendapat kelulusan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Bantuan ini akan bermula pada bulan Januari 2024.
Perima STR yang layak mendapat bantuan tambahan ini akan diberikan maklumat tentang kedai runcit yang berhampiran dengan mereka untuk membelanjakan barang-barang asas yang diperlukan.
Bantuan ini melibatkan lebih 600 rakan runcit di seluruh Malaysia, antaranya Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/