BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 BAYARAN 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu program bantuan secara tunai yang disediakan oleh Kerajaan khusus kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana serta mereka yang memerlukan.
Bilakah masuk bayaran bantuan tunai rahmah fasa 1 2025? Ikuti info lanjut disini.
SYARAT LULUS BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2025
Syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Baca Juga:
- Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 Bayaran 2025 : Cek Senarai Nama Penerima
- Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2025
- RASMI : Tarikh Bayaran STR Fasa 4 Sudah Diumumkan
- Jawatan Kosong Terkini Lembaga Tabung Haji (LTH) Disember 2024
CEK PENERIMA LULUS BANTUAN STR 2025
Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
1. Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah
- Tiada Anak : RM 1,000
- Anak 1-2 : RM 1,500
- Anak 3-4 : RM 2,000
- 5 dan keatas: RM 2,500
2.Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
- Tiada Anak : RM 500
- Anak 1-2 : RM 750
- Anak 3-4 : RM 1000
- 5 dan keatas: RM 1250
3.Kategori Warga emas tiada pasangan/anak (60 tahun keatas)
- RM 600
4.Kategori Bujang (21 hingga 59 tahun)
- RM 600
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
JADUAL PENGAGIHAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Pengagihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 secara berfasa seperti berikut:
- FASA 1 : Januari / Februari
- FASA 2 : April
- FASA 3 : Ogos
- FASA 4 : November
Makluman: Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan akan dikemaskini kembali apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.
KAEDAH PENYALURAN DUIT STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : str@treasury.gov.my