Bantuan Tunai RM1,000 Boleh Di Mohon Julai Ini
Bantuan Kanak-Kanak JKM, yang diperkenalkan pada tahun 2021, masih berterusan hingga tahun 2024.
Kerajaan telah menetapkan kriteria tertentu untuk kelayakan penerimaan bantuan ini.
Kanak-kanak yang memenuhi syarat tersebut berhak menerima bantuan bulanan minimum sebanyak RM150 dan boleh mencapai sehingga RM1000, bergantung kepada keperluan individu.
Kadar Bantuan Tunai Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
BKK menawarkan bantuan bulanan dari RM150 untuk individu sehingga RM1000 untuk keluarga, bergantung pada kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini adalah inisiatif untuk membantu rakyat yang memenuhi syarat mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan.
Berikut adalah syarat dan jumlah wang yang layak mengikut kategori :
- RM200 : Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah
- RM150 : Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1,000 : Maksimum untuk keluarga
Baca Juga :
- Tarikh Bayaran MySTR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima
- Bantuan E-Wallet RM300 : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan
Syarat Kelayakan Bantuan Tunai BKK
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara Buat Permohonan BKK RM,1000
- Permohonan Online
- Mohon terus ke portal E-Bantuan JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Selapas membuat permohonan online perlu menghadirkan diri untuk ke pejabat kebajikan masyarakat di daerah yang di pohon dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Kegagalan pemohon akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.
- Permohonan Manual
- Permohonan bantuan kewangan perlu diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan.
- Setiap permohonan akan dijalankan siasata dan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
- Perlu sertakan dokumen sokongan ke Pejabata Kebajikan Masyarakt
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajib Dibawa:
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2024 JKM sila layari laman web rasmi – Klik di sini