Bayaran Akaun 3 KWSP : Tarikh Kelulusan & Pengkreditan

Bayaran Akaun 3 KWSP – Tarikh Kelulusan & Pengkreditan

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP, yang telah diumumkan sebelum ini, akan dimulakan pada 11 Mei 2024.

Ramai yang bertanya tentang tarikh bayaran akan diproses dan dikreditkan ke akaun serta kaedah pengkreditan yang akan digunakan.

Untuk maklumat terkini berkaitan dengan bayaran Akaun 3 KWSP, sila ikuti perkembangan terbaru dari KWSP.

Pengenalan

Penstrukturan semula akaun KWSP bertujuan untuk mengukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.
Perubahan ini melibatkan penjenamaan semula Akaun 1 menjadi “Akaun Persaraan” dan Akaun 2 menjadi “Akaun Sejahtera”, dengan tujuan asal kedua-dua akaun ini kekal dan tidak berubah.

Selain itu, diperkenalkan “Akaun Fleksibel” sebagai akaun ketiga, yang membolehkan ahli mengakses atau mengeluarkan simpanan mengikut keperluan mereka pada bila-bila masa, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun ini mengikut nisbah yang ditetapkan: 75% ke “Akaun Persaraan”, 15% ke “Akaun Sejahtera”, dan 10% ke “Akaun Fleksibel”.

Bayaran Akaun 3 KWSP

Baca Juga :

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan mereka dalam Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan, selepas tarikh pelaksanaan.

Amaun permulaan yang ditentukan dalam Akaun Fleksibel akan bergantung pada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera pada tarikh permohonan untuk memilih amaun permulaan tersebut.

Untuk ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera akan diagihkan mengikut nisbah seperti berikut :

  • sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) ;
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ; dan
  • Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan (Akaun 1)

Bayaran Akaun 3 KWSP

Untuk ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 Akaun Sejahtera pula adalah seperti berikut :

  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.
  • Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

Baki Akaun Sejahtera RM1000 dan ke bawah :

Pindahan amaun boleh di buat oleh ahli dalam Akaun Fleksibel melalui saluran seperti berikut :

  • KWSP i-Akaun ; atau
  • Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan untuk memindahkan amaun permulaan.

Pilihan ini merupakan satu peluang yang hanya boleh diambil sekali sahaja sepanjang tempoh yang ditetapkan dan keputusan yang dibuat tidak dapat dibatalkan.

Jika ahli memilih untuk tidak memindahkan amaun permulaan, maka baki yang ada dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan dikekalkan.

Sementara itu, caruman baru akan terus dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel mengikut terma dan syarat pengeluaran yang berlaku.

Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP

Setelah mendaftar dan membuat permohonan pemindahan amaun ke Akaun 3 / Akaun Fleksibel KWSP, bayaran akan diterima selepas permohonan diluluskan, yang biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, dengan syarat mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.

KWSP menyarankan agar pengeluaran dari Akaun Fleksibel dilakukan hanya dalam situasi kecemasan atau untuk keperluan yang sangat mendesak.

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3

  1. KWSP i-akaun; atau
  2. Kaunter KWSP

Bayaran Akaun 3 KWSP

Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3

Untuk melakukan pembayaran Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP, ahli harus memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Memiliki akaun bank yang masih aktif, sama ada simpanan atau semasa;
  2. Akaun bank tersebut mesti didaftarkan atas nama ahli itu sendiri, bukan sebagai akaun bersama atau atas nama syarikat.

Bayaran akan diproses melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Sebagai peringatan, ahli yang belum memiliki akaun bank disarankan untuk membuka akaun bank terlebih dahulu sebelum mengajukan permohonan untuk Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Bayaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP akan diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak KWSP.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :