Bayaran Bantuan SARA Mula Dikreditkan Hari Ini
Belanjawan 2024 memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),
inisiatif terbaharu yang bertujuan meringankan beban penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta akan memberi manfaat kepada 700 ribu penerima STR dengan menyediakan RM100 setiap bulan 12 bulan.
Dengan adanya SARA, diharapkan dapat memberikan impak yang signifikan dalam memperkukuhkan ekonomi komuniti melalui sokongan kewangan yang konsisten dan berterusan, sekaligus membina asas yang lebih kukuh untuk kemajuan bersama.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024
Belanjawan Madani 2024 memperkenalkan langkah-langkah bantuan sosial yang signifikan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial.
Ini termasuk pemberian SARA tambahan RM1200 kepada keluarga dengan lima anak atau lebih dan keluarga miskin tegar dengan tiga anak.
Selain itu, 700,000 penerima STR akan menerima bayaran bulanan RM100 selama 12 bulan.
Pembayaran ini akan dibuat melalui MyKad untuk memudahkan dan mempercepat proses bantuan.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan menyumbang ke arah kestabilan sosioekonomi negara.
Kategori, Jumlah & Tarikh Bayaran Bantuan SARA
Program SARA kini memasuki Fasa 3 sebagai bagian dari inisiatif Sumbangan Asas Rahmah, dua kategori bantuan baru yang dirancang untuk membantu keluarga miskin dan miskin tegar.
Keluarga yang layak, yang telah dikenal pasti melalui sistem e-Kasih dan diverifikasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,
akan menerima sumbangan bulanan RM100 selama 12 bulan mulai Januari 2024.
Selain itu, mereka juga akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah hingga RM2500, yang akan disesuaikan berdasarkan jumlah anak dalam keluarga.
Baca Juga:
- SejaTi MADANI 2024 : Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Buka Pengambilan Terkini
Semakan Status Bayaran Bantuan SARA 2024
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui SARA fasa 2, terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;
Maklumat Lanjut Tarikh Bayaran SARA
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.