Bayaran STR 2024 Dikreditkan 26 Ogos Ini
Kerajaan telah mengumumkan bantuan STR Fasa 3 yang akan diagihkan pada Ogos ini.
Proses bayaran STR Fasa 3 dijangka mula dilaksanakan bermula 26 Ogos 2024, seiring dengan minggu terakhir hari bekerja bagi bulan Ogos 2024.
Setiap penerima bantuan ini boleh membuat semakan kelayakan melalui portal yang telah disediakan iaitu MySTR.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
STR adalah inisiatif dari pihak kerajaan untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Ia juga merupakan sokongan daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa golongan ini dapat mengatasi cabaran ekonomi semasa.
Kaedah Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah kaedah pembayaran STR Fasa 3
- Pengkreditan terus ke dalam Akaun Bank penerima/pasangan STR seperti yang telah di daftarkan dalam portal MySTR atau cawangan LHDN yang berhampiran.
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di kawasan penerima STR sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal dikreditkan.
Jadual Bayaran STR 2024 Dikreditkan
Baca Juga:
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Buka Pengambilan Terkini Ogos 2024
- Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Jadual Bayaran STR 2024 Dikreditkan Mengikut Bank
Kategori Yang Layak Memohon STR Fasa 3
Isi Rumah
- Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
- 5 anak atau lebih – RM500
- 3 – 4 anak – RM500
- 1 – 2 anak – RM500
- Tiada anak – RM500
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- 5 anak atau lebih – RM300
- 3 – 4 anak – RM250
- 1 – 2 anak – RM150
- Tiada anak – RM100
Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan
- Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
- Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Cara Semakan
Ini adalah cara semakan melalui pautan atau protal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Berikut dikongsikan panduan semakan :
Berikut adalah contoh paparan yang akan terlihat ;
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan kenyataan media yang menekankan pentingnya kesedaran masyarakat terhadap taktik penipuan, terutamanya kepada penerima Skim Tunai Rakyat (STR).
MOF menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan helah penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
MOF juga menggesa setiap individu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan kesahihan dan kepercayaan semua maklumat yang diterima untuk menghindari menjadi mangsa penipuan.
Maklumat Lanjut Bayaran STR 2024 Dikreditkan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM