Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan : Tarikh & Semakan Status
Umum mengetahui, para penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini boleh menyemak status pembayaran mereka yang dijadualkan pada bulan Ogos melalui portal MySTR.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan yang disediakan dalam Belanjawan 2024, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Baca Juga:
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Buka Pengambilan Terkini
- Bayaran STR Diawalkan : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Perdana Menteri telah memimpin kerajaan dalam melancarkan skim bantuan seperti BSH, BKM, BPN, dan BPR untuk meringankan beban rakyat.
Penggabungan skim-skim ini menjadi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diumumkan pada 16 Januari 2023, dengan tujuan memberikan bantuan tunai sehingga RM3,100 kepada keluarga B40.
Pelancaran STR Fasa 2 diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan bagi 8.7 juta penerima, melalui peruntukan sebanyak RM8 bilion.
Tarikh Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Dalam Belanjawan 2024 yang baru diumumkan, kerajaan telah memperkenalkan pembaharuan untuk fasa seterusnya.
Ini termasuk pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar.
Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sumbangan bakul makanan serta baucar yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas, sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.
Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan : Tarikh Bayaran & Semakan Status
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM