Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos

Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos

Rakyat Malaysia yang telah lama menantikan pengumuman bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kini boleh menarik nafas lega.

Kementerian Kewangan telah mengesahkan melalui siaran di laman Facebook rasmi mereka bahawa proses pengkreditan akan dimulakan sebelum perayaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2024.

Infografik yang diterbitkan menjelaskan secara terperinci proses pengkreditan bayaran tersebut.

Selain itu, empat poster yang turut disiarkan memperlihatkan tarikh-tarikh pembayaran dan kaedah untuk semakan status, yang mana maklumat ini boleh diakses oleh umum.

Berikut adalah maklumat tambahan mengenai proses pembayaran STR Fasa 3.

Pengenalan

Kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk meringankan beban golongan B40.

Dengan peningkatan peruntukan sebanyak 20% dalam Belanjawan 2024, jumlah dana yang disediakan meningkat dari RM1.26 bilion kepada RM1.5 bilion.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada 8.4 juta rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan, dengan bantuan tunai berjumlah RM100 hingga RM650.

Bayaran STR Fasa 3

Baca Juga:

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dan perubahan zaman, STR telah dilancarkan sebagai inisiatif untuk membantu warganegara Malaysia.

Program ini memberi tumpuan kepada golongan B40, M40, individu bujang, dan warga emas, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan mereka.

Melalui bantuan tunai ini, diharapkan dapat meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan bagi 8.4 juta rakyat Malaysia yang memerlukan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Proses bayaran STR Fasa 3 akan bermula sebelum 31 Ogos 2024, bertepatan dengan Sambutan Hari Kebangsaan.

Jadual pengkreditan bayaran akan diatur seperti yang telah ditetapkan.

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

STR Fasa 3 : Tarikh

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada Ogos 2024.

Penerima yang layak akan menerima pengkreditan bantuan ini terus ke dalam akaun bank mereka, mengikuti prosedur yang sama seperti Fasa 1 dan 2.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun yang tidak aktif, mereka boleh menebus Sumbangan Tunai Rahmah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Bayaran STR Fasa 3

Login MySTR & Semakan Status Kelayakan

Berikut adalah cara mudah login MySTR dan semakan status :

  1. Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no KP (MyKAD) dan tekan butang ‘log masuk’
  3. Tekan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
  4. Masukkan password dan tekan butang ‘log masuk’
  5. Pada menu utama, tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  6. Status permohonan akan dipaparkan

Bayaran STR Fasa 3

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa fasa ketiga Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada 8 juta penerima golongan B40 sebelum sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2024.

Beliau menambah, peruntukan untuk STR tahun 2024 adalah sebanyak RM10 bilion, yang diharapkan dapat meringankan beban rakyat.

Pengumuman ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah di seluruh negara.

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa melalui talian palsu STR.

Berikut dikongsikan siaran media penuh MOF:

Bayaran STR Fasa 3

Maklumat Lanjut Bayaran STR Fasa 3

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

JOIN CHANNEL WHATSAPP UNTUK DAPATKAN INFO TERKINI