BUDI MADANI RM200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN
Bantuan subsidi tunai sebanyak RM200 sebulan diteruskan lagi melalui Program Budi Madani bagi meringankan beban kos bahan api yang semakin meningkat, khususnya kepada golongan sasar seperti golongan B40, petani, penternak, dan pemilik kenderaan diesel persendirian.
Bagaimanakah semakan status penerima bayaran bantuan budi madani 2025? Ikuti maklumat lanjut disini.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa MPM Ambilan Tahun 2025
- Bantuan Madani 2025 : Semakan Status Layak Atau Tidak Kelayakan Penerima
- Jawatan Kosong Semasa BSN Ambilan Tahun 2025
JENIS PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI RM200 2025
Terdapat tiga (3) jenis/kategori program dibawah Budi Madani iaitu:
- Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
- Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
- MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI RM200 2025
Syarat kelayakan untuk permohonan adalah mengikut kategori seperti berikut:
Kelayakan Budi Individu
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
- Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
- Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
Syarat Kelayakan Budi Agri-Komoditi
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
- Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
Kelayakan MySubsidi Diesel
- Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
- Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”
SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BAYARAN BANTUAN BUDI MADANI RM200 2025
Panduan lengkap Semakan Status 2025 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik ‘Semakan Status’
- Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:
Januari – Jun
- Januari 7 Februari 2025 (Jumaat)
- Februari 7 Mac 2025 (Jumaat)
- Mac 11 April 2025 (Jumaat)
- April 9 Mei 2025 (Jumaat)
- Mei 6 Jun 2025 (Jumaat)
- Jun 7 Julai 2025 (Jumaat)
Julai – Disember
- Julai 8 Ogos 2025 (Jumaat)
- Ogos 8 September 2025 (Isnin)
- September 8 Oktober 2025 (Rabu)
- Oktober 7 November 2025 (Jumaat)
- November 5 Disember 2025 (Jumaat)
- Disember 9 Januari 2026 (Jumaat)
JUMLAH BANTUAN
Kadar bayaran yang disediakan kepada penerima yang layak seperti berikut:
- Bantuan Budi Madani – RM200 Sebulan
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN
Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : budimadani@treasury.gov.my