Cara Semak Status SARA 2024 – SARA atau Sumbangan Asas Rahmah akan mula dikreditkan pada Januari ini mengikut kategori masing-masing.
Untuk mengetahui status SARA 2024, berikut merupakan caranya.
Cara Semak Status SARA 2024
- Layari lama web rasmi SARA di https://mykasih.com.my/
- Klik pada butang “Semak Status SARA 2024” di halaman utama
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Anda akan melihat status SARA 2024 anda, sama ada anda layak, tidak layak, atau sedang diproses
- Jika anda layak, anda juga akan melihat jumlah SARA 2024 yang akan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut kategori anda.
Tarikh Bayaran SARA 2024
Penerima yang berada di Semenanjung Malaysia akan menerima bayaran SARA pada 22 Januari 2024 (Isnin)
Manakala penerima yang berada di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bayaran SARA pada 19 Februari 2024 (Isnin)
Baca Juga:
- STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024
- Bantuan Insentif Khas RM1,500 Untuk Setiap Individu
- MyKasih 2024 : Semakan Status Bayaran SARA Fasa 1
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024
Jumlah Bayaran SARA 2024
Terdapat beberapa kategori yang menerima bantuan SARA antaranya ialah isi rumah dan warga emas yang tiada pasangan serta bujang.
- Kategori isi rumah – RM100 sebulan
- Kategori warga emas (tiada pasangan) – RM50 sebulan
- Kategori bujang – RM50 sebulan
Syarat Kelayakan SARA 2024
Syarat kelayakan adalah seperti berikut berdasarkan data e-Kasih;
- Penerima yang berada dalam golongan miskin
- Penerima yang berada dalam golongan miskin tegar
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/