Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Dengan adanya Portal Rasmi PTPTN, kini anda tidak perlu lagi keluar rumah atau beratur di kaunter untuk membuat semakan baki PTPTN.

Semakan baki, tunggakan, ansuran bulanan, dan perincian pinjaman kini boleh dilakukan dengan mudah dan cepat, semuanya hanya di hujung jari anda.

Untuk mempelajari cara melakukan semakan baki PTPTN secara online di sini kami kongsikan informasi tambahan untuk anda.

Cara Semakan Baki PTPTN Online

Untuk memudahkan pengurusan pinjaman PTPTN, penyata online disediakan bagi membolehkan peminjam memantau baki terkini, tunggakan, ansuran bulanan, serta rekod transaksi bayaran yang telah dilakukan.

Ini memudahkan peminjam untuk melakukan semakan baki pinjaman pada bila-bila masa, tanpa perlu mengunjungi pejabat PTPTN dan menjadikan proses ini lebih cekap dan mudah.

Dengan adanya sistem ini, peminjam dapat menguruskan pinjaman mereka dengan lebih baik dan bertanggungjawab.

1. Layari Portal Rasmi PTPTN Untuk Cara Semakan Baki PTPTN

Peminjam perlu layari portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my kemudian klik ‘Log Masuk myPTPTN‘ (sekiranya sudah mempunyai akaun akses) sekiranya belum peminjam perlu membuat akaun untuk pendaftaran kali pertama sila klik ‘Daftar myPTPTN

2. Masukkan No. Kad Pengenalan

Masukkan atau isikan No. Kad Pengenalan diri ke ruang yang telah disediakan kemudian klik tombol anak panah berwarna biru kuning.

Kemudian sahkan Ikon & Frasa Keselamatan peminjam

Cara Semakan Baki PTPTN

Baca Juga:

3. Masukkan Kata Laluan

Isikan kata laluan yang telah didaftarkan sekiranya terlupa kata laluan peminjam boleh membuat kata laluan semula dengan klik ‘Terlupa Kata Laluan

Kemudian masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit kemudian Set Kata Laluan Baharu.

Cara Semakan Baki PTPTN

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

4. Semak Penyata

Selepas berjaya Log Masuk, peminjam boleh membuat semakan baki dengan klik bahagian ‘Semakan Penyata di bahagian sebelah kiri Menu Utama kemudian klik Papar‘ 

Seterusnya, Penyata Kira-Kira Pinjaman Pendidikan serta Butiran Terperinci akan di paparkan pada skrin anda.

Cara Semakan Baki PTPTN

Peminjam boleh memuat turun atau mencetak semakan penyata bagi tujuan rasmi atau untuk simpanan sendiri.

*** Sekiranya peminjam memiliki tunggakan akan dinyatakan pada semakan penyata. ***

Maklumat Lanjut Cara Semakan Baki PTPTN

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :