Kadar Dividen KWSP 2024/2023 telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Pencarum akan menerima dividen akaun 1 dan akaun 2 yang di kira berdasarkan simpanan mereka.
Tarikh Dividen KWSP 2024/2023
KWSP telah meningkatkan pelaburan mereka sebanyak 33% pada tempoh 9 bulan yang berakhir pada 30 September tahun lepas, menurut laporan kewangan terkini. Ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada tahun 2022, di mana pelaburan KWSP hanya meningkat sebanyak 25%. KWSP berharap dapat mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi bagi tahun 2024.
Kadar Dividen KWSP 2024/2023 telah diumumkan pada 3 Mac 2024.
Baca Juga:
- Sumbangan Asas Rahmah RM600 : Semakan Status & Syarat Kelayakan
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Permohonan Bantuan Am Persekolahan Kini Di Buka
- Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Kadar Dividen KWSP 2024/2023
KWSP telah mengeluarkan pengumuman bahawa kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah 5.50% dengan nilai agihan sebanyak RM50.33 bilion, manakala kadar dividen bagi Simpanan Shariah adalah 5.40% dengan nilai agihan sebanyak RM7.48 bilion. Ini bermakna KWSP telah mengagihkan pendapatan sejumlah RM57.81 bilion kepada ahli-ahli untuk tahun 2023.
Pencarum boleh semak penyata terkini bermula 3 Mac 2024 dan kerajaan menggalakkan bahawa pencarum sebaiknya membuat semakan melalui aplikasi KWSP di i-akaun.
Cara Semakan Kadar Dividen KWSP 2024/2023
- Layari Portal Rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/
- Klik Member Login
- Masukan ID dan Kata Laluan yang telah di daftarkan
- Klik Lihat Butiran atau View Details di bahagian menu Dividen
- Maklumat perincian Dividen Tahun 2023 telah dipaparkan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KWSP, anda boleh melawat laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my. Di sana, anda boleh mengetahui lebih banyak mengenai skim simpanan, faedah, perkhidmatan dan program yang ditawarkan oleh KWSP. Anda juga boleh menghubungi KWSP melalui talian 03-89226000 atau emel contact@kwsp.gov.my jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan dengan KWSP.