e-KYC KWSP : Cara Keluarkan Melebihi RM250 Melalui Akaun 3
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membataskan pengeluaran harian melalui akaun fleksibel, atau akaun 3, kepada RM250.
Bagi ahli yang bercadang untuk mengeluarkan jumlah yang melebihi had ini, mereka perlu menjalani proses pengesahan e-KYC secara dalam talian.
Sebagai alternatif, ahli boleh mengunjungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk pengesahan cap jari bagi pengeluaran yang melebihi jumlah tersebut.
Baca Juga :
e-KYC KWSP Untuk Pengeluaran Akaun 3 KWSP
e-KYC adalah singkatan dari ‘electronic Know Your Customer’ atau pengesahan identiti secara elektronik, iaitu proses verifikasi identiti yang dilakukan melalui teknologi pengenalan wajah dalam aplikasi i-Akaun KWSP.
Proses ini membolehkan institusi kewangan dan organisasi untuk mematuhi peraturan Anti Money Laundering (AML) dan mengurangkan risiko penipuan.
Selain itu, e-KYC menawarkan kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepat proses pendaftaran dan mengurangkan keperluan untuk mengunjungi pejabat secara fizikal untuk pengesahan identiti.
Siapa Yang Perlu Buat e-KYC KWSP
- Ahli yang tiada rekod pengeluaran
- Ahli yang pertama kali memohon pengeluaran
- Ahli yang memohon penegeluaran akaun fleksibel (Akaun 3) yang melibihi RM250
- Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang telah direkodkan dalam data KWSP
Nota : Untuk proses pengesahan identiti, anda dikehendaki memuat naik gambar kad pengenalan anda. Jika proses muat naik tidak berjaya, anda perlu mengunjungi pejabat KWSP secara langsung untuk pengesahan identiti melalui pengimbasan cap jari.
Cara Buat Pengeluaran KWSP Akaun 3
- Log Masuk ke i-Akaun KWSP kemudian klik bahagian Pengeluaran
- Pilih ‘Keluarkan Simpanan Anda’
- Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’
- Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan
- Masukkan maklumat akaun bank
- Sahkab butiran pengeluaran
- Buat perakuan pengeluaran
- Pilih ‘Kaedah 1’ untuk membuat proses e-KYC
Untuk membuat proses ini, ahli diminta untuk :
- Mengambil gambar Kad Pengenalan / MyKad dengan jelas
- Ambil swafoto atau ‘selfie‘ yang sepadan dengan Kad Pengenalan
- Pilih hantar dan tunggu pengesahan dari KWSP
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :
- Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Hotline : 03-8922 6000
- Laman web rasmi : www.kwsp.gov.my