E-Wallet 2024 : Untuk membantu rakyat Selangor yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kerajaan negeri telah melancarkan program bentuk bantuan untuk rakyat Selangor (BINGKAS).
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Selangor dengan memberikan bantuan sebanyak RM300 melalui e-wallet. Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barang keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, dan lain-lain di kedai-kedai yang terlibat dalam program ini.
Kerajaan negeri berharap program ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Selangor yang menghadapi cabaran ekonomi dan sosial akibat pandemik.
Bantuan E-Wallet 2024 RM300
Bantuan ini di berikan sebanyak RM300 setiap bulan. Ia boleh digunakan di mana-mana kedai runcit atau pasaraya yang telah didaftarkan untuk bantuan BINGKAS.
Selain itu, bayaran yang diterima hanya dalam bentuk e-wallet bagi memastikan keselamatan pelanggan dan bantuan e-wallet (BINGKAS) tidak dapat dibawa ke bulan seterusnya.
Baca Juga:
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) 2024 JKM
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- MySTR Fasa 2 : Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran
- eGUMIS 2024 : Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD)
Syarat Kelayakan E-Wallet 2024 RM300
- Warganegara Malaysia
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar dinegeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
Cara Permohonan Bantuan E-Wallet 2024 RM300
- Permohonan adalah secara dalam talian atau online di sistem pendaftaran BINGKAS – klik di sini
- Dokumen sokongan yang perlu disertakan;
- Salinan Kad Pengenalan (untuk diri sendiri dan pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (anak-anak atau tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa atau ibu tunggal)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
- Bagi tujuan pengesahan pendapatan, anda perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Ketua Komuniti yang berkenaan, seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung. Surat ini adalah untuk mereka yang menjalankan perniagaan sendiri atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai BINGKAS, sila layari portal rasmi kami di https://bingkasselangor.com/