E-Wallet RM300 : Permohonan Baru Kini Di Buka
Untuk membantu keluarga-keluarga yang terjejas pasca-pandemik, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Program ini menyediakan RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga, yang bertujuan untuk menampung keperluan asas dan pendidikan.
Selain itu, BINGKAS juga merupakan sebahagian daripada Bantuan e-Wallet 2024, yang dirancang untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, memperkukuh keharmonian keluarga, dan mempromosikan kemakmuran di Selangor.
Dalam usaha meningkatkan ketahanan kewangan keluarga di Selangor, program bantuan e-Wallet BINGKAS 2024 telah dilancarkan.
Program ini akan menyediakan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga yang tinggal di Selangor.
Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kestabilan ekonomi keluarga, agar mereka dapat menghadapi cabaran ekonomi dengan lebih berkesan.
Manfaat Bantuan e-Wallet 2024 BINGKAS Selangor
- eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
- Urusniaga pembelian adalah secara tanpa tunai atau cashless
- eWallet akan di tambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
- Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024 :
- Beras, Mi dan Bihun, Roti, Biskut, Telur, Gula dan Garam, Rempah ratus, Sos, Kicap, Tepung, Minyak masak, Ubat-ubatan, Sayuran dan buah-buahan, Daging ayam lembu, kamping, ikan, Kelengkapam mandian dan bahan pencuci, Lampin pakai buang, Produk tenusu, Barangan persekolahan serta Perihal pendidikan
Baca Juga :
- Majlis Amanah Rakyat (MARA) Buka Pengambilan Terkini
- Bantuan STR Fasa 3 : Tarikh & Semakan Status Bayaran
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang yang berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5000 sebulan
Program BINGKAS dirancang untuk meringankan beban kewangan rakyat.
Ia akan membantu ketua-ketua keluarga membeli barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan bagi pelajar.
Dengan ini, diharapkan kualiti hidup warga Negeri Selangor akan terus bertambah makmur.
Cara Permohonan Baru E-Wallet 2024
Permohonan bantuan boleh dibuat melalui sistem pendaftaran BINGKAS bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan ;
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, Mykid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-Wallet
Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.
Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.
Sila rujuk laman web berikut untuk panduan pengaktifan :
- Aplikasi Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms&pli=1
- Aplikasi Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan terperinci mengenai BINGKAS, sila layari portal rasmi kami di https://bingkasselangor.com/