Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/adakerjaya.com/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2024 JKM

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2024 JKM

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) – Insentif daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Orang Kurang Upaya (OKU) merangsang individu OKU agar terus berkecimpung dalam dunia kerja.

Tujuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Tujuan utama pihak kerajaan untuk program ini adalah untuk memupuk kemampuan hidup secara berdikari dalam kalangan individu OKU dan membantu mereka menjadi warga masyarakat yang produktif.

Dengan adanya sokongan ini, diharapkan OKU dapat terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada komuniti dan ekonomi setempat.

Jumlah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:

  • RM450 sebulan seorang

Syarat Kelayakan Memohon

  • Mestilah seorang Warganegara Malaysia ;
  • Individu OKU yang berumur 16 tahun dan ke atas ;
  • Wajib mempunyai/pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ;
  • Individu OKU yang bekerja dengan kadar pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah ;

Nota : Pelaksanaan bantuan kebajikan selaras dengan Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, di bawah Senarai Perundangan Jadual Kesembilan, senarai 3.

Elaun Pekerja Orang Kurang

Baca Juga:

Cara-Cara Memohon Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Berikut dikongsikan cara permohonan :

  • Permohonan bantuan kewangan diuruskan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara. Siasatan dan penilaian (means-tested) dilakukan terhadap setiap permohonan yang didaftarkan untuk mengesahkan kelayakan pemohon. Proses ini selaras dengan prinsip bahawa bantuan disampaikan berdasarkan kelayakan, bukan sebagai hak.
  • Membawa dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran :
    • Salinan kad pengenalan pemohon (pasti mendapat cop pengesahan dari pihak JPN) ;
    • Salinan kad pengenalan ibu/bapa/anak yang tinggal bersama (mendapat cop pengesahan dari pihak JPN) ;
    • Salinan kad pengenalan suami/isteri (mendapat cop pengesahan dari pihak JPN) ;
    • Salinan kad pengenalan/Mykid/Sijil Kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja (pasti mendapat cop pengesahan dari pihak JPN)
    • Salinan Kad OKU/Slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU)
    • Salinan sijil kematian/penceraian/perkahwinan/daftar kahwin (jika berkaitan)
    • Laporan perubatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan (Jika berkaitan) (Laporan hendaklah dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun)
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada kerajaan (Jika bekerja sendiri) ; Oleh ketua kampung/Penghulu/Ketua Masyarakat/Pemimpin Tempatan/Surat Akuan Sumpah
    • Dokument pengesahan alamat tempat tinggal (salinan salah 1 bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon)
    • Penyata akaun bank terkini yang masih aktif
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Sertakan bersama borang seperti berikut :

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2024 JKM. Sila layari laman web rasmi www.jkm.gov.my

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024