Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024 – KUALA LUMPUR: penjawat awam dan pesara akan dinaikkan gaji dan elaun pada tahun 2024 yang telah diumumkan oleh kerajaan dan ini merupakan bayangan awal yang diberikan oleh kerajaan.
Tujuannya adalah untuk merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan golongan ini.
Hal ini dijangkakan akan direlisasikan dan sudah disemak menjelang tahun depan.
Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024 Untuk Meningkatkan Pendapatan Pekerja
Ini adalah usaha untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dan beberapa keputusan telah di buat sebelum ini. Tambahan lagi, kerajaan telah mengeluarkan kertas putih yang mengandungi cadangan Dasar Gaji Progresif.
Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Baca Juga:
- Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024 – Jumlah Bayaran FASA 1 Mengikut Kategori
- Bantuan Insentif Khas RM1,500 Untuk Setiap Individu
- Skim Khairat Kematian (SKK) 2024 – Cara Permohonan
- Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat Tahun 2024
- Caruman Tambahan KWSP RM500 Di Akaun 1 – Semak Sekarang!
Ekonomi Mula Rancak, Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024
Menurut Fahmi, tahun depan adalah fasa kritikal untuk ekonomi. Oleh itu, beliau menekankan kepentingan perkara ini.
Beliau berkata “jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses”.
Beberapa Sistem Perlu Di Naik Taraf
Selain itu, beliau juga berkata bahawa isu yang timbul disebabkan oleh faktor dalaman antaranya sistem-sistem tertentu yang perlu diperbaiki dan dimodenkan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Tambahan lagi, beliau berkata “Isu bajet dan masa mungkin timbul sekali-sekala, oleh itu individu yang bertanggungjawab perlu menyediakan sedikit masa untuk menilai di mana mereka boleh meningkatkan kecekapan dan intervensi.”
“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku di mana projek tidak berjalan dengan lancer hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan.”
SUMBER: Berita Harian