GISB @ GISBH : Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak

GISB @ GISBH : Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak

Terdapat kekecohan mengenai serbuan oleh pihak polis ke premis GISB @ GISBH yang dituduh menyalahgunakan agama dan mengeksploitasi kanak-kanak.

Aktiviti tersebut adalah Operasi Op Global yang melibatkan 287 individu dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Kimia Malaysia, yang bersatu padu untuk memerangi kegiatan jenayah tersebut.

Dalam artikel ini, kami akan mengupas dengan lebih mendalam dan menyajikan perkembangan terkini berkaitan dengan kes GISB @ GISBH ini.

Pengenalan GISB @ GISBH

Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings, yang dikenali dengan singkatan GISB @ GISBH, adalah syarikat Bumiputera Islam yang telah ditubuhkan sejak tahun 2000.

Syarikat ini diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad, yang juga merupakan bekas pemimpin Al-Arqam, sebuah gerakan yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Pada masa kini, Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.

GISBH memiliki beberapa anak syarikat yang beroperasi dalam pelbagai sektor, termasuk Ikhwan TV, yang menyediakan kandungan media;

Rangkaian, yang berfokus pada teknologi; Bakeri GISB, yang menawarkan pelbagai jenis roti dan kek;

Restoran dan Ketering GISB, yang menyajikan hidangan; Industri GISB, yang terlibat dalam pembuatan; Harta dan Pembangunan GISB, yang mengurus aset;

Perundangan & Perkhidmatan GISB, yang menyediakan sokongan undang-undang; serta GISB Medicare, yang memberikan perkhidmatan kesihatan.

GISB @ GISBH

Produk dan Perkhidmatan GISB @ GISBH

Rangkaian perniagaan GISBH telah berkembang dengan pesat, kini memiliki 412 premis yang tersebar di 16 negara.

GISBH merupakan penyedia terkemuka produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat Islam dengan menawarkan pelbagai pilihan yang halal dan suci.

Mereka menawarkan aneka jenis roti dan bun, termasuk produk-produk bakeri.

Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai produk sejuk beku serta menambah kepelbagaian, sos dan kicap, air minuman, jus,

dan air buahan dan keperluan asas seperti minyak masak dan lain-lain.

Baca Juga:

Perkembangan Siasatan Terhadap Operasi Op Global

Pada 11 September 2024, serbuan besar-besaran telah dilakukan oleh pihak polis di 18 premis di Selangor yang meliputi 7 daerah dan 2 premis di Negeri Sembilan, berhubung dengan kes eksplotasi agama dan kanak-kanak.

Dalam operasi tersebut, 171 individu termasuk tenaga pengajar, penjaga asrama, dan pengerusi pusat pengajian, berusia antara 17 hingga 64 tahun, telah ditahan.

Seramai 402 kanak-kanak dan remaja, berumur 1 hingga 17 tahun, telah diselamatkan dari premis yang diduga milik kumpulan tertentu,

dengan jumlah yang sama bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Pihak polis kini telah membuka lapan kertas siasatan berdasarkan pelbagai akta dan undang-undang yang relevan.

Modus Operandi

Menurut kenyataan risikan yang diterima oleh Tuan Sri Razarudin Husain iaitu Ketua Polis Negara, modus operandi yang mereka lakukan di 20 rumah amal dibawah naungan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH),

setiap mangsa dididik dan diajarkan cara meliwat serta memaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain termasuk mangsa sendiri diliwat oleh penjaga.

Selain itu, menurut kenyataan risikan yang telah dirakamkan Tuan Razarudin mengesahkan bahawa di pusat amal di bawah GISB,

Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama diperalatkan untuk meminta sumbangan, sementara mangsa yang tidak sihat dilarang mendapat rawatan di klinik sehingga

keadaan mereka menjadi kritikal.

Tambahan lagi, terdapat juga penggunaan objek panas untuk mencederakan mangsa dan menyentuh tubuh mereka dengan alasan rawatan perubatan Islam.

GISB @ GISBH

JOIN CHANNEL ISU SEMASA & BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kenyataan Akhbar GISB @ GISBH

Berikut adalah kenyataan Akhbar GISBH berkenaan isu pengeksploitasian kanak-kanak sebagai pekerja.

GISB @ GISBH

Maklumat Lanjut :

Sumber : Sinar Harian

GISBH : https://gisbh.com/