GISBH @ GISB : Perkembangan Terkini Kes GISBH

GISBH @ GISB : Perkembangan Terkini Kes GISBH

Baru-baru ini, terdapat kekecohan mengenai serbuan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap premis GISB @ GISBH.

Premis tersebut didakwa menyalahgunakan agama dan mengeksploitasi kanak-kanak.

Operasi yang dikenali sebagai Operasi Op Global ini melibatkan kerjasama 287 individu dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Kimia Malaysia.

Tujuan utama operasi ini adalah untuk memerangi aktiviti jenayah yang berlaku.

Dalam artikel ini, kami kongsikan perkembangan terbaru berkaitan dengan kes GISB @ GISBH ini.

Perkembangan Terkini Mengenai Kes GISBH @ GISB

Pada awal pagi semalam, dalam operasi yang dikenali sebagai Op Global, pihak polis telah menahan beberapa pemimpin kanan GISBH termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya yang juga anak kepada Abuya, serta dua anak mereka yang lain untuk membantu dalam siasatan.

Selain itu, 19 individu yang berumur antara 25 hingga 65 tahun, melibatkan 12 lelaki dan 7 perempuan, turut ditahan.

Empat anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad, juga adalah antara yang ditahan.

Mereka semua kini di reman bermula hari ini dan akan berakhir pada Rabu, 25 September, di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

SUMBER : BERITA HARIAN

 

SUMBER : HARIAN METRO

Baca Juga:

Penangkapan Anak CEO GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Pada 19 September yang lalu, sekitar jam 6 petang, telah berlaku penahanan oleh pihak polis terhadap lima lelaki yang diduga memiliki hubungan dengan kumpulan GISBH.

Insiden ini terjadi di Bukit Kayu Hitam, di mana dua buah motorhome yang menampilkan logo syarikat tersebut turut dirampas.

Kenderaan-kenderaan ini diketahui sedang dalam perjalanan menuju ke arah Thailand.

Penahanan ini merupakan sebahagian dari usaha pihak berkuasa dalam menangani aktiviti yang dicurigai berkaitan dengan kumpulan tersebut.

Perkembangan Siasatan Fasa 2 Berkenaan GISBH @ GISB

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain, telah mengumumkan bahawa sepanjang Op Global yang melibatkan siasatan terhadap GISBH, sejumlah 740 rakaman percakapan telah direkodkan.

Dalam jumlah tersebut, terdapat 30 rakaman percakapan pengadu, 216 saksi, 392 mangsa, dan 102 suspek. Sehingga kini, telah dibuka 33 kertas siasatan secara kumulatif untuk Fasa 1 dan 2.

Siasatan Fasa 2 telah bermula pada 11 September, berikutan penutupan Fasa 1 yang dimulakan pada 2 September.

Untuk Fasa 1, 10 kertas siasatan telah dibuka, dengan enam di Selangor dan empat di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Fasa 2 melihat pembukaan 23 kertas siasatan, dengan 16 di Selangor, dua di Negeri Sembilan, satu di Perlis, dan satu lagi di Kuala Lumpur.

17 September 2024 – Initipati Sidang Media Ketua Polis Negara

Pada 11 September, serbuan Op Global berjaya menyelamatkan 392 kanak-kanak dan mereka telah menjalani saringan kesihatan.

PDRM membekukan 96 akaun bank milik GISBH bernilai lebih RM581,000 mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA.

Pemeriksaan mendapati adanya pelbagai bentuk jenayah terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan pengabaian.

Sebanyak 149 kanak-kanak ditempatkan di bawah jagaan JKM sementara 243 lagi akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara.

Kanak-kanak yang tidak didaftarkan perkahwinan awalnya telah di bin kan dengan Abdullah

Agong Titah Siasatan Terperinci Berkanaan Isu GISBH @ GISB

Siaran Langsung Sidang Media Ketua Polis Negara – 17 September 2024

Sidang Media Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, kini sedang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Facebook Live : Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di sini https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/551225770843478/

Kenyataan Akhbar GISBH @ GISB

Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 11 September 2024.

Mereka menegaskan bahawa tuduhan didikan meliwat dan diliwat yang melibatkan kanak-kanak di rumah amal mereka adalah serius dan berpotensi menimbulkan prasangka serta fitnah.

GISBH @ GISB
SUMBER : FACEBOOK GISB HOLDINGS SDN BHD

Maklumat Lanjut 

SUMBER :