Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima

Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima

Penerima bantuan tunai STR Fasa 3 kini boleh menyemak status pembayaran yang dijadualkan pada bulan Ogos melalui portal MySTR.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada rangkaian bantuan kewangan yang termaktub dalam Belanjawan 2024, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Jadual Bayaran STR

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Perdana Menteri, memimpin kerajaan, telah memperkenalkan skim bantuan seperti BSH, BKM, BPN, dan BPR untuk meringankan beban rakyat.

Pada 16 Januari 2023, beliau mengumumkan penyatuan skim-skim tersebut menjadi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang bertujuan memberikan bantuan maksimum RM3,100 kepada keluarga B40.

Melalui pelancaran STR Fasa 2, kerajaan bercita-cita mengurangkan beban kewangan 8.7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3

Bayaran untuk STR Fasa Tiga akan bermula pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar pembayaran akan dikemaskini dan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia secara rasmi. Sila rujuk pengumuman rasmi untuk maklumat terkini.

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jadual Bayaran STR

Dalam Belanjawan 2024 yang baru diumumkan, kerajaan telah memperkenalkan pembaharuan untuk fasa seterusnya. Ini termasuk pemberian bayaran tambahan kepada golongan Miskin Tegar.

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan sumbangan bakul makanan serta baucar yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas, sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Diawalkan

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Tarikh, Semakan Status & Jadual Bayaran STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Jadual Bayaran STR

Maklumat Lanjut Jadual Rasmi Bayaran STR Fasa 3

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :