Jadual STR 2025: Panduan Lengkap Pembayaran Fasa 1, 2, 3 & 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini menjadi fokus utama rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang layak menerima bantuan kewangan ini. Artikel ini menyediakan maklumat terperinci mengenai tarikh pembayaran, jumlah bantuan, dan cara untuk menyemak kelayakan, supaya anda tidak terlepas peluang mendapatkan manfaat yang disediakan.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Payung Rahmah yang bertujuan membantu golongan B40 dan M40 mengatasi beban kos sara hidup. Pada 2025, STR ditambah baik dengan pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), iaitu bantuan bulanan khusus untuk golongan miskin tegar. Langkah ini bertujuan memastikan keperluan asas penerima dapat dipenuhi sambil menyokong kestabilan kewangan mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong 2025 Penjara Malaysia
- Bayaran Bantuan STR Fasa 1 Tahun 2025 Dikreditkan
- Jawatan Kosong 2025 Lembaga Tabung Haji (LTH)
- STR 2025 Fasa 1 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Penerima
Jadual STR 2025 & Tarikh Bayaran
Bayaran STR akan dilaksanakan dalam empat fasa sepanjang tahun 2025. Berikut adalah tarikh pembayaran yang perlu diketahui:
- Fasa 1: 22 Januari 2025
- Fasa 2: April 2025
- Fasa 3: Ogos 2025
- Fasa 4: November 2025
Penerima dinasihatkan untuk menyemak status pembayaran pada setiap fasa bagi merancang perbelanjaan dengan lebih efektif.
Pilihan Kaedah Pembayaran
Terdapat dua kaedah utama untuk menerima bayaran STR:
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan yang telah didaftarkan.
- Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan BSN. Pastikan anda menyemak kelayakan melalui laman web rasmi STR sebelum berkunjung ke BSN.
Jumlah Bayaran Berdasarkan Kategori
Jumlah bantuan STR berbeza mengikut kategori penerima, seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
Bilangan Anak & Kadar Bayaran STR 2025
- 5 orang anak dan lebih – RM2,500
- 3 hingga 4 orang anak – RM2,000
- 1 hingga 2 orang anak – RM1,500
- Tiada anak – RM1,000
Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5000
Bilangan Anak & Kadar Bayaran STR 2025
- 5 orang anak dan lebih – RM1,250
- 3 hingga 4 orang anak – RM1,000
- 1 hingga 2 orang anak – RM750
- Tiada anak – RM500
Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5000 dan Kebawah
- RM600
Bujang Berpendapatan RM2500 dan Kebawah
- RM600
Cara Semakan & Jadual STR 2025 (Fasa 1)
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Semakan STR Fasa 1 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Maklumat lanjut
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf