Jadual & Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Jadual & Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Penerima yang layak boleh melakukan semakan untuk bayaran bantuan tunai STR Fasa 3, yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini, melalui portal MySTR.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada bantuan kewangan yang telah ditetapkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan untuk membantu penerima menghadapi cabaran ekonomi.

Jadual & Tarikh Bayaran STR

Baca Juga :

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Untuk membantu golongan B40, kerajaan telah memperkenalkan program bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan bahawa program-program ini akan dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Program STR telah berjaya menyalurkan bantuan sehingga RM3,100 kepada penerima, dan dengan pelancaran STR Fasa 2, sejumlah hampir RM8 bilion telah disediakan untuk meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 3

Bayaran untuk STR Fasa 3 dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2024.

Kementerian Kewangan Malaysia akan mengemas kini dan mengumumkan tarikh tepat pembayaran selepas pengumuman rasmi.

Untuk tahun 2024, jadual pembayaran STR untuk Fasa 1, 2, 3, dan 4 akan diberikan mengikut tarikh yang ditetapkan.

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jadual & Tarikh Bayaran STR

Kerajaan akan memperkenalkan pembaharuan pada Belanjawan 2024 dalam fasa seterusnya, yang merangkumi pemberian bayaran tambahan bagi golongan Miskin Tegar.

Sebagai tambahan, kerajaan juga berhasrat untuk menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas, dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Jadual & Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan ;

  1. Isi Rumah
    • Pendapatan kurang dari RM2500
      • Anak lebih dari 5 orang : RM2500
      • Anak 3-4 orang : RM2000
      • Anak 1-2 orang : RM1500
      • Tiada Anak : RM1000
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
      • Anak lebih dari 5 orang : RM1250
      • Anak 3-4 orang : RM1000
      • Anak 1-2 orang : RM750
      • Tiada Anak : RM500
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan kurang dari RM5000 : RM600
  3. Bujang
    • Pendapatan kurang dari RM2500 : RM350

Berikut merupakan Kadar Tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

Jadual & Tarikh Bayaran STR

Cara Semakan

Kaedah Bayaran

  1. Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
  2. Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
  3. Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmiĀ  https://bantuantunai.hasil.gov.my/