Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank
Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.
Penerima bantuan ini boleh menyemak status pembayaran merekamelalui portal MySTR bermula Ogos 2024.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?
STR 2024 adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak, dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Penyasaran semula subsidi ini dapat membantu peningkatan dan penambahbaikan dalam pemberian bantuan tunai.
Melalui STR, dapat memastikan bahawa keluarga yang berpendapatan rendah akan sentiasa menerima sokongan yang mereka perlukan.
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Baca Juga:
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Buka Pengambilan Terkini Ogos 2024
- Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kerajaan telah mengumumkan Belanjawan 2024 bahawa terdapat pembaharuan. Pembaharuan tersebut adalah pemberian bayaran tambahan kepada golongan miskin tegar dan miskin.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan sumbangan bakul makanan dan baucer untuk pembelian barangan asas bagi meringankan beban yang di tanggung oleh golongan ini.
JOIN CHANNEL BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kategori Yang Layak Memohon STR Fasa 3
Isi Rumah
- Pendapatan di bawah Rm2,500 (tiada had umur)
- 5 anak atau lebih – RM500
- 3 – 4 anak – RM500
- 1 – 2 anak – RM500
- Tiada anak – RM500
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- 5 anak atau lebih – RM300
- 3 – 4 anak – RM250
- 1 – 2 anak – RM150
- Tiada anak – RM100
Bujang / Warga Emas yang tiada pasangan
- Pendapatan bujang RM2,500 ke bawah (berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun) – RM150
- Pendapatan Warga Emas yang tiada pasangan RM5000 ke bawah (60 tahun ke atas) – RM150
Bagaimanakah Kaedah Bayaran STR 2024?
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah cara semakan melalui pautan ini https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM