Kencing Manis : 7 Petanda Awal

Kencing Manis : 7 Petanda Awal

Diabetes mellitus, dikenali juga sebagai penyakit kencing manis, kini menjadi masalah kesihatan yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat.

Di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa negara ini memiliki kadar penghidap diabetes yang paling tinggi di Asia, malah salah satu yang tertinggi di seluruh dunia.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dilakukan pada tahun 2015 mendapati bahawa terdapat kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini.

Jumlah pesakit diabetes terus mengalami peningkatan dan ini telah menjadi penyumbang utama kepada komplikasi kesihatan serius di Malaysia.

Bagaimana Kencing Manis Boleh Berlaku?

Diabetes merupakan penyakit yang berlaku akibat beberapa faktor, termasuk gaya hidup dan genetik.

Insulin, hormon yang dihasilkan oleh pankreas, adalah penting untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Namun, ketidakupayaan tubuh untuk menghasilkan insulin yang cukup atau ketahanan terhadap insulin boleh menyebabkan diabetes.

Faktor risiko lain termasuk obesiti, kurangnya aktiviti fizikal, dan diet tinggi gula dan lemak. Mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes juga meningkatkan risiko.

Oleh itu, amat penting untuk menjalani gaya hidup sihat dan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengurangkan risiko diabetes.

Kesedaran tentang gejala awal adalah kritikal untuk memastikan rawatan yang tepat diberikan secepat mungkin.

Kencing Manis

7 Petanda Awal Gejala Kencing Manis

  1. Penglihatan yang menjadi kabur/tidak jelas
  2. Kulit selalu gatal dan sukar/susah sembuh
  3. Luka di bahagian badan terutama di bahagian kaki sukar untuk sembuh
  4. Terkena jangkitan pada saluran air kencing
  5. Kaki dan tangan sering terasa kebas dan kesemutan
  6. Kerap merasa dahaga walaupaun sudah meminum air
  7. Kerap kencing dan air kencing berada dalam jumlah yang banyak
  8. Badan selalu terasa penat/letih walaupun sudah tidur lama
  9. Penurunan berat badan yang mendadak walaupun makan dalam keadaan yang berselera
  10. Terdapat ruam-rumah yang gatal pada bahagian kulit badan
  11. Otot menjadi lemah dan tidak bertenaga untuk melakukan aktiviti

Kencing Manis

Baca Juga:

Cara Untuk Merawat Dari Penyakit Kencing Manis

Memang benar, tidak mustahil untuk sembuh dan kembali sihat dari penyakit ini.

Namun, proses pemulihan memerlukan komitmen yang kuat serta perubahan gaya hidup ke arah yang lebih sihat.

Anda boleh mengikuti beberapa cara yang disarankan untuk membantu proses penyembuhan dan mengawal penyakit ini dengan lebih efektif.

  1. Amalkan pemakanan yang sihat
    • Penting untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak. Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak trans, dan karbohidrat ringkas. Tolak makanan segera dan berproses serta minuman manis minuman tin, dan lain-lain
  2. Melakukan aktiviti fkizal
    • Beraktiviti fizikal secara teratur, seperti berjalan, berlari, atau berbasikal, adalah penting untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan sensitiviti insulin. Disarankan agar anda melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari atau tiga kali seminggu, untuk memperoleh manfaat kesihatan yang optimal.
  3. Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
    • Untuk mengawal kesihatan, adalah penting untuk menjalankan pemeriksaan berkala. Pemeriksaan ini termasuk memantau paras gula dalam darah, tekanan darah, dan tahap kolesterol. Ini membolehkan pengesanan awal sebarang masalah kesihatan dan memudahkan tindakan pencegahan atau rawatan yang sesuai diambil dengan segera.
  4. Pengurusan stress
    • Stres dapat mempengaruhi kadar gula dalam darah. Untuk menguranginya, amalan meditasi seperti yoga, membaca buku, atau melakukan aktivitas yang menenangkan pikiran sangat membantu. Kegiatan-kegiatan ini dapat menjadi cara efektif untuk menjaga keseimbangan mental dan fizikal.
  5. Pengambilan ubat-ubatan
    • Dalam beberapa situasi, penggunaan ubat-ubatan atau suntikan insulin menjadi keperluan untuk mengatur kadar gula dalam darah. Ini penting bagi memastikan kesihatan yang optimal dan mengelakkan komplikasi yang berkaitan dengan tahap gula darah yang tidak terkawal.

Kencing Manis

Maklumat Lanjut

  • Kunjungi Klinik Kesihatan atau Hospital yang berhampiran di kawasan anda
  • Hubungi talian khas : +603 8000 8000
  • E-mel : myhealth@moh.gov.my

JOIN CHANNEL ISU SEMASA & BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2024