Kerajaan Naikkan Gaji RM2,000, Elaun Pelbagai RM500 & Kenaikan Tahunan RM100

Kerajaan Naikkan Gaji RM2,000 – KUALA LUMPUR: Kerajaan yang merupakan pihak berkuasa perlu menyelaraskan skim gaji khusus kepada imam, bilal dan siak. Ini adalah untuk menyanjung kedudukan golongan tersebut.

Mohd Fadli Mohamed Salleh di kenali sebagai Cikgu Fadli Salled yang merupakan aktivis masyarakat menyatakan bahawa skim gaji khusus perlu ada kenaikan tahunan serta elaun.

Beliau berkata “slip gaji yang diperakui sangat perlu diberikan kepada imam, bilal dan siak supaya golongan ini dapat menguruskan kehidupan mereka seperti membuat pinjaman kereta, rumah dan lain-lain.”

Beliau juga berkata “Skim gaji khusus ini juga boleh dibayar oleh Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri”

Kerajaan Naikkan Gaji RM2,000

Baca Juga:

Kerajaan Naikkan Gaji RM2000, Elaun Pelbagai RM500 & Kenaikan Tahunan RM100 Setahun

Semalam, Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata

semua imam Rawatib iaitu imam 1 dan 2 masjid seluruh negara telah meneriam elaun bulanan sebanyak Rm850

Bayaran tersebut dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi JAKIM.

“JAKIM membayar elaun berkenaan berdasarkan senarai imam yang didaftarkan serta disahkan kerajaan negeri masing-masing.

“Ada perbezaan jumlah elaun yang diterima imam kerana ada beberapa kerajaan negeri membuat bayaran tambahan pada kadar yang dibayar kerajaan pusat menerusi JAKIM”

Kerajaan Naikkan Gaji RM2000 Agar Semua Imam Mendapat Gaji Atau Elaun Yang Setimpal

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang imam muda dari negeri sembilan yang merasakan dirinya tidak mendapat gaji/elaun yang setimpal.

Beliau mendedahkan ramai pihak yang menyangka beliau mendapat gaji/elaun sebanyak RM3000 sebulan.

Beliau hanya menerima 3 angka sahaja dan tidak mencecah RM1000.

Bukan Mudah Untuk Menjadi Seorang Imam

Pemilik akaun Facebook Amin Sarif, Muhammad Amin Mohammad Sarif meluahkan perasaannya dia media sosial tersebut berkata

“Orang nampak mudah jadi imam. Masuk bertugas waktu solat dan ada banyak masa lapang. Tapi bila hal-hal masjid, orang akan cari imam dulu.”

“Nak buat bacaan yassin tahlil, cari imam. Ada ahli kariah meninggal, cari imam.”

“Imam tetap akan cuba memenuhi keperluan kariah, cuma siapa pula yang akan memenuhi keperluan imam?”

Kerajaan Naikkan Gaji RM2,000

Dalam perkongsian tersebut, beliau menyatakan tidak menikmati sebarang manfaat perubatan atau polisi takaful sepanjang empat tahun bertugas sebagai imam (hanya elaun sahaja).

 

SUMBER: Berita Harian